Skip to main content

Hiburan

Selebriti, Pempengaruh Bersuara! Tegaskan Global Sumud Flotilla Adalah Misi Kemanusiaan

Selebriti

Masyarakat dunia mula bersuara sejak media mula melaporkan sukarelawan misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan pihak rejim zionis

Rakyat Malaysia tidak terkecuali bersuara termasuk selebriti dan pempengaruh yang lantang mengingatkan bahawa misi ini adalah misi kemanusiaan dan solidariti tanpa keganasan. 

Gerakkan ini dimulakan selepas beberapa video sukarelawan yang ditahan mula dikongsikan di media sosial. 

Antara selebriti dan pempengaruh yang mula bersuara dan berkongsi mengenai misi tersebut  antaranya Noreen Iman, Ziana Zain, Malia Baby, Aida Razman, Azfar Heri, Isha Norsham, Safee Sali, Radin, Haziq Husni, Aina Abdul, Nur Fazura, Ernie Zakri, Syamel, Tiz Zaqyah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Bukan sahaja menerusi perkongsian video, malah ada selebriti dan pempengaruh lain turut bersuara menerusi beberapa platform media sosial yang lain.








 

Advertisement




Terdahulu, media melaporkan seramai 23 sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel ketika menyertai misi berkenaan. 

Antara yang terlibat ialah Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardel Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil dan Norfarahin Romli (Farah Lee).

Bagaimanapun, menurut laporan Astro AWANI , semua sukarelawan berkenaan disahkan selamat dan akan dibawa pulang menerusi sebuah negara ketiga.

Must-Watch Video

Advertisement