Sekilas
- Naufal Azrin kembali dengan single solo terbaru berjudul ‘Cinta Ini’ selepas lebih dua tahun tidak muncul dengan karya solo.
- Lagu ciptaan Wan Saleh ini menampilkan sisi matang dan perkembangan vokal Naufal dengan tema cinta yang jujur dan mendalam.
- ‘Cinta Ini’ adalah single pertama Naufal di bawah label Negrizen Music dan kini boleh distrim di semua platform digital utama.
Penyanyi, Naufal Azrin, kini muncul dengan single solo terbaharu berjudul ‘Cinta Ini’.
Lagu ini sekali gus menandakan kemunculan semula Naufal selepas lebih dua tahun tidak tampil dengan karya solo.
‘Cinta Ini’ merupakan sebuah karya penuh emosi yang mengetengahkan sisi matang Naufal sebagai seorang penyanyi.
Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer meningkat naik, Wan Saleh, yang semakin mendapat perhatian menerusi sentuhan muziknya yang segar dan relevan dengan citarasa pendengar masa kini.
Mengangkat tema cinta yang jujur dan mendalam, ‘Cinta Ini’ memperlihatkan perkembangan vokal serta interpretasi Naufal yang lebih berlapis, selari dengan perjalanan peribadi dan artistiknya sepanjang tempoh ketiadaannya daripada pentas solo.
Lagu ini dijangka menjadi penghubung semula antara Naufal dan peminat yang sekian lama menantikan kemunculan terbaharunya.
Lebih istimewa, lagu ini juga merupakan single sulung Naufal di bawah naungan label Negrizen Music, membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya.
Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuhkan kedudukan Naufal dalam industri muzik serta memperluaskan jangkauan karyanya ke tahap yang lebih tinggi.
Single ‘Cinta Ini’ kini boleh distrim di semua platform digital utama.