Skip to main content

Berita Tempatan

Syaffiq Sahli & Bosswan Kini Duta Empire Reka Klang, Siap Pegang Saham!

empire-reka

Dua personaliti media sosial popular, Syaffiq Sahli dan Bosswan, melangkah setapak ke hadapan dalam dunia perniagaan apabila diumumkan sebagai duta rasmi Empire Reka Klang.

Lebih menarik, kedua-duanya bukan sahaja menjadi wajah kepada jenama perabot berkenaan, tetapi turut diberi pegangan saham dalam syarikat.

Advertisement

Menurut pihak pengurusan, pemilihan dua figura berpengaruh itu dibuat berdasarkan kemampuan mereka memberi inspirasi kepada generasi muda.

"Pelantikan Syaffiq Sahli & Bosswan sebagai duta dan pemegang saham adalah bukti keyakinan kami terhadap pengaruh serta kredibiliti mereka. Kerjasama ini adalah permulaan kepada banyak inisiatif besar yang bakal kami laksanakan,” ujar wakil Empire Reka Klang.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama ini berlangsung dengan penuh meriah, disaksikan pihak pengurusan Empire Reka Klang.

Syaffiq Sahli dan Bosswan pula menyifatkan pelantikan ini sebagai peluang besar untuk sama-sama membina legasi bersama Empire Reka Klang.

“Ini lebih daripada sekadar kolaborasi. Ia adalah langkah besar ke arah membina legasi bersama Empire Reka.

"Kami percaya sinergi ini akan membuka ruang lebih luas untuk berkarya, berinovasi dan dalam masa yang sama mengangkat jenama tempatan ke persada lebih tinggi,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Must-Watch Video