Sekilas
- Pengacara Hawa Rizwana berkongsi tip kekal bertenaga dan elak demam semasa menunaikan umrah dengan amalkan suplemen seperti Paracetamol, Berocca, dan Tiger Milk Mushroom.
- Dia juga menekankan pentingnya tidur yang singkat tetapi lena untuk kekal sihat sepanjang perjalanan ibadah dan percutian.
- Selepas umrah, Hawa terus meneruskan aktiviti seperti mendaki dan menyelam di Indonesia serta kembali bekerja dengan kesihatan yang baik.
Pengacara Hawa Rizwana berkongsi tips bagaimana dia kekal bertenaga dan tidak mengalami demam sepanjang menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.
Menerima banyak soalan mengenai perkara itu, Hawa berkata dia mengamalkan suplemen seperti Paracetamol dan Berocca selain mendapatkan tidur yang singkat serta lena.
“Saya rasa, saya perlu kongsikan perkara ini sebab ramai tanya dan saya sangat nak orang tak jatuh sakit. Bila orang tanya ‘tak demam ke bila di Mekah dan Madinah?’.
“Ada dua ke tiga hari penat dan tekak rasa sakit. Tapi selepas paracetamol, Tiger Milk Mushroom dan Berocca, zyrtec. Alhamdulillah okay. Juga tidur yang singkat dan lena,” kongsinya.
Malah, pengacara program MeleTOP ini turut meluahkan rasa syukur apabila dia diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan percutian ke Indonesia dan menyelesaikan kerja.
“Sehari selepas balik dari umrah, terbang ke Labuan Bajo mendaki sikit, menyelam dan kemudian ke Bali. Kemudian kembali bekerja pun Alhamdulillah dipermudahkan.
“Oh juga minum air dan tidur yang singkat dan lena setiap kali anda ada masa okay,” katanya lagi.
Sumber - Threads