Skip to main content

Hiburan

Tak Lagi Kejar Dunia, Sharifah Zarina Seronok Hadiri Kelas Agama - “Saya Selalu Fikir Umur Tak Panjang…”

Sharifah Zarina

Sekilas

  • Sharifah Zarina kini lebih tenang selepas mendekatkan diri dengan agama dan sering mengerjakan umrah serta haji dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
  • Perubahan ini membuatkan dia tidak lagi terlalu mengejar kemewahan dunia dan lebih fokus kepada ketenangan jiwa serta kehidupan yang lebih rileks.
  • Sharifah bakal muncul dalam drama terbaharu berjudul Wish List arahan Michael Ang, bersama pelakon lain seperti Lorenzo Irmann dan Arabella Ellen.

Penyanyi, Sharifah Zarina mengakui dirinya kini lebih tenang menjalani kehidupan harian selepas mula mendekatkan diri kepada agama sejak beberapa tahun yang lalu.

Menurut Sharifah atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan, perubahan itu berlaku selepas dia mempunyai lebih banyak masa terluang dikala anak-anak semakin meningkat dewasa sekali gus membuatkan dia berpeluang untuk mengisi masa dengan aktiviti seperti menghadiri kelas agama.

Malah, pelantung lagu Langit Ketujuh itu merasakan ketenangan itu juga membuatkan dirinya tidak lagi terlalu mengejar kemewahan dunia mahupun bersaing dengan sesiapa.

“Mungkin sebab sekarang ni masa dah banyak terluang. Saya boleh pergi kelas agama, banyak kali pergi umrah. Malam tadi (Isnin) pun baru balik dari mengerjakan umrah dan saya baru balik haji.

“Saya rasa ketenangan itu luar biasa sebenarnya. Bukan nak cakap sebab ada duit boleh pergi. Kadang-kadang saya pun fikir, cukup ke duit nak pergi? Tapi Allah izinkan.

“Ketenangan yang rasakan ketika ini lain. Saya dah tak mengejar dunia ni sangat dah. Media sosial pun kadang-kadang saya rasa macam tak ada apa benda nak post. Saya dah tak hairan sangat dengan apa yang ada. Tak ada benda yang saya nak kejar atau nak tunjuk dekat orang. Saya lebih rileks saja,” katanya kepada Gempak.

Sharifah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set penggambaran drama terbaharu lakonannya yang berjudul Wish List, pada Selasa.

Berkongsi lanjut, Sharifah turut percaya bahawa perubahan yang berlaku bermula ketika dia kembali mengerjakan umrah kira-kira dua tahun yang lalu.

“Saya pergi umrah kali pertama pada 201, selepas itu 10 tahun tak pergi. Bukan tak ada duit sebab pergi negara lain banyak pula, cuma macam tak dipanggil (ke Makkah). Masa itu juga saya masih free hair lagi, solat pun main-main lagi.

“Kemudian pergi semula (umrah) pada 2023, dan lima bulan kemudian itu saya pergi lagi. Selepas itu, saya pergi haji pada tahun lepas dan pergi lagi mengerjakan umrah. Tanpa saya sedar, tanpa saya rancang.

“Mungkin Allah dah nampak usaha saya, mungkin Allah rasa saya dah bersedia,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 45 tahun itu turut mengakui dia sering berfikir soal kematian sehingga membuatkan dirinya memilih untuk tidak lagi terlalu mengejar hal-hal dunia.

“Mungkin umur tak panjang, kita tak tahu. Wallahuaklam. Saya selalu fikir mungkin umur saya ni tak panjang mana. Saya selalu cakap dengan orang, saya rasa saya tak hidup lama.

“Kadang-kadang orang tanya kenapa cakap macam tu. Tak tahulah tapi dia ada rasa sendiri. Sebab tu saya dah tak kejar dunia dah. Saya tak tahu macam mana nak cakap,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Sharifah bakal tampil menerusi drama Wish List yang merupakan arahan Michael Ang.

Selain Sharifah, drama ini turut dibintangi Lorenzo Irmann, Arabella Ellen, Qi Razali, Ramona Zam Zam, Azqa Aziz dan Norazah Aziz.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement