Sekilas
- Azeva Natassha sedang giat buat latihan vokal dan kecergasan untuk persiapan konsert minggu pertama Talk To My Manager musim kedua.
- Dia mendapat sokongan penuh daripada ibunya, Datuk A.Aida, yang juga bertindak sebagai pengurus tanpa memberi tekanan.
- Talk To My Manager Musim 2 akan mula bersiaran secara langsung di Astro Ria pada 19 April 2026, jam 9 malam.
Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida, Azeva Natassha kongsi persiapannya menjelang konsert minggu pertama program realiti Talk To My Manager musim kedua.
Menurut Azeva, dia kini memberi fokus kepada latihan vokal serta kecergasan fizikal bagi memastikan persembahan berada pada tahap terbaik.
“Tinggal beberapa hari sahaja lagi, persiapan saya berjalan lancar. Saya juga ada ambil kelas vokal tambahan.
“Setiap hari saya akan pergi ke gim, sama ada berlari, sertai kelas ‘spin’ atau pilates untuk menjaga stamina,” katanya.
Dalam masa sama, Azeva meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan sulungnya dalam konsert tersebut.
“Setakat ini, saya yakin dengan persiapan saya. Saya teruja dan tak sabar nak buat persembahan untuk konsert minggu pertama,” ujarnya.
Berkongsi mengenai sokongan A.Aidda yang juga bertindak sebagai pengurus , Azeva menyifatkan ibunya seorang yang memahami serta tidak memberi tekanan.
“Mama seorang pengurus yang sangat okay. Asalkan kita dengar kata, dia okay dengan saya.
“Mama tidak akan memaksa saya dan saya akan ikut sahaja apa yang dia pesan. Mama tahu apa yang terbaik,” katanya.
Antara barisan manager-artist yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley.
Malam TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.
Musim 2 turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.
Talk To My Manager Musim 2 akan bersiaran mulai 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.
Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.