Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Hadir Untuk Menghiburkan, Kim Khairii Reda Hilang Peminat Selepas Dedah Status Perkahwinan

Astrogempak KIM (1)

Sekilas

  • Kim Khairii dari Talk To My Manager 2 reda jika pendedahan status perkahwinannya menjejaskan sokongan peminat kerana percaya ia tidak perlu disembunyikan.
  • Isteri Kim yang berasal dari Sabah pernah terlibat dalam bidang seni sebagai penyanyi dan kini bekerja di luar industri hiburan sambil memberi sokongan moral kepadanya.
  • Pendedahan perkahwinan Kim tular selepas seorang pengguna Threads mendakwa pernah menonton video ibu Kim, penyanyi Safura, menyanyi pada majlis perkahwinannya.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Kim Khairii reda sekiranya pendedahan status perkahwinannya memberi kesan terhadap sokongan peminat.

Menurut Kim atau nama lengkapnya Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, dia tidak merasakan perkara itu perlu disembunyikan kerana percaya lambat-laun orang ramai tetap akan mengetahuinya.

“Saya rasa peminat tidak perlu frust bila tahu saya sudah berkahwin sebab saya menyanyi untuk menghiburkan anda semua.

“Kalau perkara (perkahwinan) ini menyebabkan hilangnya peminat, saya reda. Saya tak perlu nak sorok status kerana macam mana sekali pun orang akan tahu juga nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Kim turut berkongsi isterinya juga pernah terlibat dalam bidang seni sebagai penyanyi dan artis rakaman sebelum memilih untuk bekerja di luar industri hiburan.

Tambah Kim, isterinya kini berada di Sabah dan sentiasa memberikan kata-kata semangat sepanjang dia menyertai pertandingan tersebut.

“Isteri saya juga dulu seorang penyanyi, pernah jadi artis rakaman tetapi sekejap sahaja. Selepas itu dia bekerja luar daripada bidang seni.

“Saya hanya boleh beri hint isteri saya berasal dari Sabah. Alhamdulillah dia menykokong perjalanan saya dalam TTMM.

“Isteri hanya pesan untuk jaga diri sebab sekarang ini sudah dua bulan dia di Sabah. Insya-Allah kalau maşuk peringkat akhir mungkin isteri akan datang menyaksikan persembahan saya,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads mendakwa Kim sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut dakwaan itu, individu berkenaan pernah menonton video ibu Kim iaitu penyanyi Safura menyanyi pada majlis perkahwinannya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement