Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Status Perkahwinan Jadi Bualan, Kim Khairii Pilih Untuk Tidak Berahsia Lagi - "Saya Sudah Mengenalinya Selama..."

Astrogempak KIM

Sekilas

  • Kim Khairii dari Talk To My Manager 2 mengesahkan sudah berkahwin tahun lalu dengan wanita pilihannya.
  • Mereka kini mempunyai seorang anak lelaki berusia empat bulan, namun Kim memilih untuk merahsiakan foto keluarga demi privasi isteri.
  • Berita perkahwinan Kim mula tular selepas seorang pengguna Threads berkongsi maklumat berkaitan majlis tersebut.
Advertisement

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Kim Khairii mengakui sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dengan wanita pilihan hatinya.

Bagaimanapun, Kim enggan mengulas lanjut perkara berkenaan demi menjaga privasi keluarga.

Advertisement

“Betul saya dah kahwin. Saya sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu. Saya pilih untuk menjaga privasi yang penting sekarang orang dah tahu saya sudah berkahwin,” katanya kepada Gempak.

Kim atau nama lengkapnya Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi turut mendedahkan dia dan isterinya sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia empat bulan.

Namun, menghormati permintaan isteri, Kim tidak berkongsi foto keluarga mereka di media sosial.

“Saya sudah mengenalinya selama empat tahun sebelum berkahwin. Kami juga sudah ada seorang cahaya mata lelaki berusia empat bulan.

“Saya memilih untuk merahsiakan di media sosial dan tidak berkongsi sebarang foto bersama isteri dan anak. Lagi pun, isteri saya tidak selesa sekiranya wajahnya dikongsi kepada umum,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads mendakwa Kim sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut dakwaan itu, individu berkenaan pernah menonton video ibu Kim iaitu penyanyi Safura menyanyi pada majlis perkahwinannya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement