Skip to main content

Rancangan TV

Talk To My Manager 2: Tiada Penyingkiran! Pak Azad & Amarra Sofea Tarik Nafas Lega

Astro Gempak ttmm pakazad

Sekilas

  • Pak Azad & Ammara sepatutnya menjadi pasangan ketiga yang meninggalkan pentas Talk To My Manager 2 pada minggu kelima, namun tiada penyingkiran diumumkan minggu tersebut.
  • Linda Jasmine dan Ratu memenangi Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keempat dengan hadiah RM2,000 dan hamper, manakala Datuk A. Aida dan Azeva sekali lagi meraih Anugerah Manager Paling Perform.
  • Program dikendalikan oleh Aznil Nawawi bersama juri Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Shila Amzah, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Pak Azad & Amarra Sofea menjadi pasangan ketiga meninggalkan pentas minggu kelima tersebut.

Bagaimanapun,  Pak Azad dan Amarra Sofea menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu tersebut.

Turut  berada di tangga tiga terbawah adalah Datuk Seri Vida & Cik B serta Adira & Anggrek.

Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu keempat menjadi milik Linda Jasmine dan Ratu.

Hasil kemenangan itu mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.

Sementara itu, Datuk A. Aida dan Azeva sekali lagi berjaya merangkul anugerah Manager Paling Perform (MPP) dan memilih rawatan spa sebagai pilihan hadiah.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Shila Amzah selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

Advertisement