Skip to main content

Hiburan

Tercalon Untuk 3 Anugerah Golden Horse 2026, Filem ‘A Mighty Adventure’ Buat Kanak-Kanak Bermimpi Indah

Filem animasi

Sekilas

  • A Mighty Adventure adalah filem animasi hasil kerjasama antara Malaysia, Taiwan, Finland, dan Indonesia yang dicalonkan untuk tiga Anugerah Golden Horse 2026.
  • Filem ini menggabungkan animasi CG dan penggambaran aksi sebenar dengan penceritaan tanpa dialog untuk menarik penonton dari pelbagai budaya dan bahasa.
  • Pengarah Toe Yuen dan penerbit Wee Meng Hee menekankan nilai keberanian, keajaiban zaman kanak-kanak, dan impian dalam karya ini.

A Mighty Adventure sebuah filem terbitan bersama Zero One Film (Taiwan), Fly Studio

(Malaysia), ACE Integrated, Anima Vitae (Malaysia/Finland), Roundbox

(Indonesia), dan CES Image (Taiwan).

 

Menariknya, filem arahan pengarah animasi terkenal dari Hong Kong, Toe Yuen ini tercalon untuk tiga Anugerah Golden Horse 2026 iaitu Filem Animasi Terbaik, Reka Bentuk Bunyi Terbaik (Sound FX) dan Kesan Visual Terbaik (VFX).

 

Pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan ketelitian produksi filem ini dalam aspek

animasi, reka bentuk bunyi dan kesan visual, tetapi juga menunjukkan penghargaan industri

filem antarabangsa terhadap penceritaan inovatif serta kerjasama silang budaya yang

diketengahkan oleh filem ini.

 

Dalam pada itu, Toe Yuen berkata dia mahu kanak-kanak menonton filem itu dan melihat sendiri keindahan sebenar dunia. 

 

“Saya mahu kanak-kanak melihat keindahan sebenar dunia dan orang dewasa pula menemui semula keberanian yang pernah ada di hati mereka,” katanya. 

 

Manakala, penerbit Wee Meng Hee berkata dia sentiasa percaya setiap karya itu akan memberi kesan kepada penonton disebabkan jalan cerita. 

 

“Sebagai seorang pencipta animasi dan kesan visual dengan pengalaman lebih daripada tiga dekad, saya sentiasa percaya bahawa apa yang benar-benar menyentuh hati penonton bukanlah teknologi, tetapi jiwa di sebaliknya.


 

“A Mighty Adventure bukanlah filem tentang saiz, kehebatan, atau kemegahan, ia adalah kisah tentang kembali kepada kesederhanaan, keajaiban zaman kanak- kanak, dan keberanian untuk bermimpi.

 

“Apabila Toy Story ditayangkan pada tahun 1996, ia mendefinisikan semula animasi

moden, canggih, berani, dan revolusi dari segi teknologi. Tetapi hari ini, kami memilih jalan yang berbeza.

 

“Kami tidak mahu meniru formula kejayaan; kami mahu mencipta bahasa visual dan

naratif baharu. Seperti kata wira kecil kami, Mini: ‘kenapa hanya melompat, kalau kamu boleh terbang?’

 

“Kata-kata itu bukan sekadar kepercayaan watak tersebut, tetapi juga kepercayaan generasi pencipta seperti kami, berani melangkaui batas, menghadapi yang tidak diketahui, dan mempercayai bahawa impian kecil pun boleh terbang tinggi. 

 

“Dengan menggabungkan penggambaran aksi sebenar dan animasi CG berkualiti tinggi, serta penceritaan tanpa dialog, kami berharap penonton di seluruh dunia tanpa mengira bahasa atau budaya, dapat melihat, mendengar, dan merasai pengembaraan ini,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement