Skip to main content

Hiburan

Tiada Niat Buat Perbandingan Antara ‘Pejuang Garis 1 & 2’, Uyaina Arshad Mohon Maaf Pada Pasangan TTC - “Saya Selalu Doakan…”

ASTROGEMPAK Uyaina Arshad

Sekilas

  • Uyaina Arshad menjelaskan perkongsiannya tentang ‘pejuang garis satu dan dua’ bukan untuk membandingkan atau merendahkan mana-mana pihak.
  • Dia menegaskan setiap wanita mempunyai perjuangan tersendiri sama ada merancang untuk tidak hamil atau sedang berusaha mendapatkan zuriat.
  • Uyaina mengajak semua untuk menghormati perjuangan masing-masing dan tidak membuat perbandingan sambil mendoakan yang terbaik.

Pengacara Uyaina Arshad menyedari perkongsiannya mengenai ‘pejuang garis satu dan dua’ mendapat perhatian wargamaya sehingga tercetusnya perbalahan tidak sihat di media sosial. 

 

Menerusi Threads, Uyaina menjelaskan perkongsian itu bukan bertujuang untuk membuat perbandingan antara wanita yang merancang untuk tidak hamil lagi dengan yang sememangnya menantikan kehadiran zuriat. 

 

“Tulisan dan perkongsian saya tentang pejuang garis satu semalam tiba-tiba ada perbalahan pula. Siap suruh padam. Kelakarnya, ia bukan datang daripada orang yang sedang TTC. 

 

“Maaflah kalau mereka yang sedang TTC tergores dengan perkongsian saya. I’m not comparing. Nor am I belittling. In fact, saya selalu doakan orang yang TTC dapat dikurniakan zuriat,” kongsinya. 

 

Menurut Uyaina, dia hanya ingin mengatakan wujudnya golongan wanita yang merancang untuk tidak hamil lagi. 

 

Kata Uyaina, setiap perjuangan mempunyai kesukaran tersendiri dan bukannya untuk dibuat perbandingan. 

 

“Saya hanya katakan yang pejuang garis satu ini wujud. Bukan untuk membanding-bandingkan perjuangan siapa lebih sukar. Sebab masing-masing ada perjuangan tersendiri. 

 

“Setiap daripada kita ada ‘struggle’ masing-masing. Garis dua dengan struggle untuk dapatkan anak. Garis satu dengan struggle untuk merancang. Dua-dua tak mudah. 

 

“Orang tu tulis, ‘kalau dah rancang masih dapat anak, itu hak Allah.’ Untuk saya, sama juga. Yang tengah TTC, dah cuba macam-macam tapi belum dapat anak, itu juga hak Allah. 

 

“Tak perlu compare. Once again, masing-masing ada struggle masing-masing. Jaga kata-kata kita dan doakan yang baik-baik saja,” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement