Skip to main content

Hiburan

“Tuduhan Ini Adalah Tidak Benar & Berunsur Fitnah” - Pihak Pengurusan Alya Iman

ASTROGEMPAK Alya Iman

Sekilas

  • Stars Powerhouse Entertainment menafikan dakwaan palsu yang mengaitkan Alya Iman dengan isu perceraian pasangan selebriti yang tular.
  • Syarikat pengurusan itu menganggap tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh menjejaskan reputasi Alya.
  • Mereka memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang dan meminta semua pihak menghentikan penyebaran berita tidak sahih serta menurunkan kandungan berkaitan.
Advertisement

Nama pelakon Alya Iman hangat diperkatakan selepas terdapat netizen mengaitkan aktres itu dengan isu perceraian pasangan selebriti yang sedang tular di media sosial.

 

Advertisement

Syarikat pengurusan Alya iaitu Stars Powerhouse Entertainment menafikan sekeras-kerasnya dakwaan melibatkan Alya dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan palsu. 


“Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini.

 

“Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah, dan menjejaskan reputasi. 

 

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat,” katanya. 

 

Dalam kenyataan yang sama, pihak pengurusan Alya turut meminta mana-mana pihak berhenti menyebarkan berita tidak sahih dan menurunkan kandungan berkaitan di semua platform. 

 

“Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua kandungan berkaitan di semua platform,” ujarnya lagi. 

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement