Skip to main content

Hiburan

Tular Video Tak Pakai Tudung, Aprena Manrose Akhirnya ‘Buka Mulut’ - “Saya Tidak Baik, Pendosa…”

Aprena Manrose

Sekilas

  • Pelakon Aprena Manrose kini tidak lagi memakai tudung dan memilih untuk tidak mengeluarkan kenyataan bagi mengelak salah faham.
  • Aprena meminta netizen berhenti mengkritik Nazim Othman yang mempertahankannya dan mengakui dirinya masih dalam proses memperbaiki diri.
  • Dia bersyukur dengan sokongan peminat dan menasihatkan orang ramai untuk menjaga diri sendiri serta keluarga masing-masing.

Penampilan pelakon Aprena Manrose yang kini tidak lagi memakai tudung menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut melihat perubahan itu. 

 

Bagaimanapun Aprena menerusi Instastory memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu kerana bimbang ia akan disalah anggap. 

 

“Maaf, saya tak mampu untuk beri apa-apa kenyataan sebab saya tak nak salah cakap. Cakaplah apapun tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.

 

“Cakap salah tak cakap pun salah. Dosa pahala adalah perkara yang sangat sensitif. Hanya Allah sahaja yang boleh menghukum,” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Aprena bagaimanapun meminta netizen untuk berhenti kecam hero gandingannya, Nazim Othman yang baru-baru ini dikecam gara-gara mempertahankannya. 

 

“Saya rasa nak bercakap sikit kerana bila di mana @nazimothman bagi kenyataan korang kecam dia pula. Janganlah macam itu korang. Dia tak bersalah dalam hal ini. Saya yang punca. 

 

“Iya saya pun manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan. Saya tidak baik, saya pendosa dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.

 

“Tetapi saya tidak akan berhenti menuntut ilmu dan sebarkan tentang hal-hal agama walaupun saya tidak mampu menutup aurat dengan sempurna.

 

“Nak tunggu sempurna baru nak buat kebaikan. memang sampai matilah saya hanyut. Saya percaya semua orang ada struggle masing-masing dan cara tersendiri untuk handle masalah. 

 

“Saya pernah cakap, yang baik sila ikut, yang tak baik jangan sesekali ikut. Saya tidak akan membela diri kerana benar, menutup aurat adalah wajib,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, Aprena turut meluahkan rasa syukur kerana masih ada lagi peminat dan netizen yang mendoakan yang baik-baik untuk dirinya. 

 

“Pada yang komen bahasa terlalu kesat itu, siasat diri sendiri dulu okay? Pastikan korang tak tinggal solat lima waktu tau. Saya maafkan korang semua. Lillahita'alaa... sebab saya tahu korang hanya bercakap apa yang korang nampak jadi saya tak salahkan you all. 

 

“Tak nak mendoakan pun tak apa, jaga saja keluarga masing-masing. Saya pun sama, saya hanya perlu jaga keluarga saya dan orang yang sayang saya. Sama juga fans yang masih menyokong, hanya Allah aje yang akan balas kebaikan kalian. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement