Skip to main content

Selebriti

Turun Lebih 20kg Dalam 4 Bulan, Che Sayang Kongsi Rahsia Transformasi - “Kalori Defisit, Angkat Berat & Panjat Bukit”

Turun Lebih 20kg Dalam 4 Bulan, Che Sayang Kongsi Rahsia Transformasi - “Kalori Defisit, Angkat Berat & Panjat Bukit”

Sekilas

  • Che Sayang berjaya turunkan lebih 20kg dalam masa empat bulan melalui disiplin pemakanan dan senaman konsisten.
  • Rutin harian termasuk defisit kalori, angkat berat, dan mendaki bukit yang dikongsikan di media sosial menarik perhatian ramai.
  • Netizen memberi sokongan dan cadangan agar Che Sayang hasilkan kandungan resipi masakan sihat.
Advertisement

Pempengaruh kandungan masakan, Che Sayang mencuri perhatian ramai selepas berkongsi hasil transformasi fizikalnya apabila berjaya menurunkan berat badan lebih 20 kilogram (kg) dalam tempoh empat bulan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid turut memuat naik video memaparkan rutin senaman yang dilakukan di gim.

Advertisement

Menurut Che Sayang, dia berasa bersyukur kerana hasil disiplin menjaga pemakanan dan bersenam secara konsisten akhirnya membuahkan hasil.

Malah, Che Sayang juga turut berkongsi rutin harian yang dilakukan antaranya mengamalkan kalori defisit,  angkat berat dan juga memanjat bukit.

“Masuk bulan keempat perjalanan menurunkan berat badan. Saya mengamalkan defisit kalori, latihan mengangkat beban berat dan mendaki bukit.

“Alhamdulillah turun lebih 20kg dalam masa empat bulan. Masih banyak lagi yang perlu diusahakan, insya-Allah,” kongsinya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen memberikan kata semangat buat Che Sayang.

Malah ada juga yang memberikan cadangan untuk Che Sayang mula membuat kandungan resipi masakan sihat.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement