Skip to main content

Hiburan

Yasser Makin Hilang Arah Di Episod Keempat GBGTH, Kehadiran Bahamin Terus Cetus Teka-Teki Dalam Kalangan Penonton

WhatsApp Image 2026 05 31 at 9.04.17 AM

Sekilas

  • Episod keempat Good Boys Go To Heaven menampilkan sisi gelap watak utama, Yasser yang dilanda rasa bersalah dan keraguan terhadap Bahamin, seorang pekerja sekolah.
  • Dahlia mula bertindak sendiri untuk melindungi rahsia yang disimpan, menambah ketegangan dalam jalan cerita.
  • Drama ini disiarkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra dan boleh distrim lebih awal melalui Astro GO dan aplikasi Sooka.
Advertisement

Selepas tiga episod yang sarat dengan persoalan, episod keempat Good Boys Go To Heaven (GBGTH) membawa penonton mendalami sisi gelap setiap wataknya.

Untuk episod kali ini, Yasser terus dibelenggu dengan rasa bersalah sehinggakan setiap tindakan yang dibuat seolah-olah menghantui dirinya sampaikan dia mula mempersoalkan apa yang bermain di fikirannya.

Advertisement

Perubahan emosi ini juga membuatkan penonton yang menonton merasai keadaan mentalnya yang tidak stabil.

Dalam masa sama, Dahlia yang sebelum ini banyak memendam dilihat menampilkan sisi yang berbeza apabila dia mula mengambil tindakan sendiri demi melindungi rahsia yang disimpan.

Beberapa petunjuk yang muncul pula membawa Yasser kepada satu perasaan syak wasangka apabila dia mula mencurigai Bahamin, seorang pekerja di sekolah Ahyan.

Karakter Bahamin ini terus merumitkan keadaan apabila ia mula menimbulkan persoalan mengenai siapakah dalang sebenar disebalik kematian Ahyan.

Secara keseluruhan, episod keempat berjaya menaikkan lagi rasa ingin tahun penonton yang dilihat mula curiga dan tertanya-tanya siapakah pembunuh yang sebenar.

Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement