Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman akui risau dengan gaya hidup masa kini sesetengah lelaki yang gemar memakai seluar ketat atau cutting slim fit.
Sebagai seorang selebriti yang amat menitikberatkan soal kesihatan, usahawan produk kosmetik Mika Series ini mengingatkan agar lelaki di luar sana berhati-hati mengikut trend fesyen yang boleh membahayakan alat sulit lelaki.
Advertisement
“Zaman sekarang, fesyen atau stail hipster menjadi trend golongan lelaki muda. Saya sendiri pun tidak terlepas mengikut trend fesyen semasa.
“Iyalah, saya perlu mengikut trend semasa namun dalam masa yang sama, saya sendiri jarang memakai seluar ketat demi keselesaan dan kesihatan alat sulit.
“Namun dalam berfesyen, saya risau apabila terdapat sesetengah lelaki yang gemar memakai seluar ketat atau slim fit tidak sedar itu sebenarnya membahayakan alat sulit mereka,” katanya.
Menurut Zoey, sebagai selebriti sudah menjadi tanggungjawabnya menyebarkan info atau ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.
“Walaupun saya bukan doktor, tetapi saya sering mengikuti perkongsian ilmu kesihatan daripada para doktor dalam acara kesihatan atau dalam media sosial.
“Memakai seluar ketat sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada alat sulit lelaki. Misalnya ia boleh meningkatkan suhu kawasan testis, merosakkan saraf dan salur darah, serta menyebabkan kerengsaan kulit dan jangkitan,” ujarnya.