Aktres Jennifer Aniston mengaku tidak akan menggunakan aplikasi cari jodoh untuk dirinya bertemu dengan kekasih baharu.
Menurutnya, dia akan terus 'setia' dengan cara lama dalam mencari jodoh iaitu menerusi pertemuan bertentang mata dan diajak seseorang bertemu.
"Tentu sekali tidak (aplikasi cari jodoh). Saya setia dengan cara lama. Saya lebih memilih untuk berkenalan dan keluar dating dengan orang yang bercakap depan kepada saya 'saya mahu mengajak anda keluar'. Saya masih mahu cara begini," katanya seperti dilaporkan majalah People.
Aniston yang kini berusia 52 tahun sebelum ini sempat digosipkan kembali akrab dan punya hubungan dengan bekas suaminya, aktor Brad Pitt. Bagaimanapun gosip tersebut senyap tidak berpanjangan.
Lantaran itu, dia ditanya adakah dirinya terbuka untuk kembali berkahwin selepas dua kali gagal dalam perkahwinan termasuk dengan Justin Theroux yang menjadi suaminya selama dua tahun.
"Saya tak tahu. Berkahwin tidak ada dalam radar saya sekarang. Saya berminat untuk menjadi pasangan yang hebat, bersama dan berbahagia antara satu sama lain," akui bintang Friends ini.
Buat masa ini, Aniston mengatakan dirinya hanya memberi fokus terhadap karier dan kehidupan solo.
"Jujur saya katakan, sekarang kehidupan saya sangat tenang. Saya mempunyai pekerjaan yang dicintai. Saya ada orang di sekeliling yang baik dan semuanya indah. Oh saya juga ada haiwan kesayangan, anjing yang cantik," katanya.
Justeru untuk menghilangkan perasaan sepi atau memikirkan untuk kembali berumahtangga, dia mempunyai cara tersendiri.
Aniston memberitahu dia melakukan meditasi dan kesedaran diri yang tinggi.
"Kesedaran diri adalah kuncinya. Menjadi orang yang terkenal ada banyak perkara yang terjadi dalam hidup. Tetapi ada juga bahagian yang tak menyenangkan.
"Saya tahu kita tidak boleh lari dari persoalan bila nak kahwin atau punya anak lagi daripada ahli keluarga yang lain.
"Kami juga manusia biasa. Saya menjalani banyak terapi dan meditasi dan membiarkan semua itu (persoalan) begitu sahaja," katanya.
Kredit Foto: Wire Images
Maliah Surip
Thu Jun 24 2021


“Satu Job Saya Cancel, Selesaikan Yang Mana Penting Dahulu,” - Amir Raja Lawak Tak Tamak, Percaya Pada Rezeki
Patutlah Amir selalu murah rezeki...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 8
Akim berterusan memberi semangat kepada Mira yang kemurungan.

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 8
Di hari nak berikan rakaman tape itu kepada Phoebe, Ejoi ternampak Phoebe jumpa teman lelakinya, Jason. Ketika itu, Ejoi nampak Phoebe dikecewakan. Ejoi teman Phoebe di waktu sedih.
![[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib [VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/4_9.png?ext=.png)
[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib
Selamat hari lahir!
_2.png?ext=.png)
“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama
Kesian Meerqeen

Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!