Penyanyi Indonesia, Niki mendedahkan dirinya sangat mengagumi penyanyi Malaysia yang mencipta di persada antarabangsa, Yuna.

Menurut Niki atau nama penuhnya Nicole Zefanya, dia pernah terserempak dengan Yuna dan orangnya sangat merendah diri.

"Saya pernah terjumpa dengn Yuna di New York secara tidak sengaja.

"Yuna seorang yang gemar berfesyen dan saya sendiri berasa kagum melihatnya menapak di bumi Los Angeles.

"Di samping itu, Yuna juga seorang wanita yang bertenaga dan komited dalam kerjayanya serta sangat merendah diri," katanya kepada Gempak.

Niki ditemui di oleh Gempak menerusi salah satu sesi temu bual khas di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pagi tadi.

Niki hadir di Malaysia untuk mempromosikan lagu Lowkey dan Move.

Tambah wanita jelita ini, dia mula menyukai Yuna menerusi lagu Favourite Thing.

"Saya sangat menyukai lagu Favourite Thing. Walaupun lagu itu sudah lama tetapi masih menambat hati saya.

"Buat masa sekarang, saya masih belum mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan Yuna tetapi suatu hari nanti siapa yang tahu. Saya sangat terbuka menerimanya," katanya lagi.