Inti pati artikel ini tiada kena mengena dengan sesiapa secara ‘direct’. Kalau ada yang pernah mengalaminya, itu kebetulan kerana hal curang dan tidak setia ini berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja. Jadi, jangan melatah mengatakan penulis menyindir atau menyalahkan si polan tertentu. Ia bacaan umum untuk sesiapa yang mahu menerimanya.


Perihal suami curang dan bermain kayu tiga, isu berlaku sejak zaman tok naduk lagi. Dan, yang selalu kita dengan sang lelaki yang akan mengkhianati isteri mungkin memikirkan kuasa suami sebagai nakhoda kapal yang diboleh mencukupkan kuota ‘empat’ itu. Apa pun alasannya, selagi belum berkahwin dengan perempuan itu kamu tetap dikira curang dan menduakan isterimu.

Jika mengambil keputusan untuk berkahwin dengan ‘kekasih gelap’ itu pun, fikir dahulu sedalamnya. Benar Islam membenarkan dan ia sunah Nabi, tetapi cerminlah muka itu betul-betul. Benarkah kamu memenuhi kriteria untuk beristeri lebih seorang? Mampukah segala amanah seorang suami itu kamu galas sebaiknya.


Jika kepada isteri yang satu pun, banyak lopong-lopong yang terpaksa isteri tutup, janganlah perasan konon nak ikut sunah Rasulullah. Sungguh sebesar semut pun belum tentu kita dapat mencontohi nabi kita itu. Tidak hanya daripada segi nafkah wang ringgit, keperluannya tetapi juga nafkah batin, rohaninya, perasaannya? Mampukah kamu layani seadilnya?


Cakap banyak pun tak guna, tulis panjang pun tak masuk di otak, maka di sini penulis sarankan 10 perkara yang boleh sang suami pertimbangkan sebelum mahu menjunamkan diri ke lembah pengkhianatan itu. Jangan sesekali amalkan sikap ‘test cuba’, kerana sekali kaki melangkah ke ruang durjana itu, susah untuk kamu menariknya kembali.



Kredit Foto: Google





Lapan Nasihat, Sebelum Terfikir Menduakan Isteri:
  1. Ingat semula lafaz taklik ketika kamu mahu menikahi isteri. Apa ikrar dan janji kamu ketika mahu menjadikannya isteri? Ke mana mahu kamu tebus janji dan amanah yang kamu sendiri bersumpah untuk pikul?
  1. Kebanyakan isteri pertama yang kita nikahi pada usia muda dan pada diri baru bertatih membina kehidupan itulah yang sentiasa ada saat susah dan senang kita. Yang sanggup berkongsi rumah kecil dan panas, menunggang motosikal bersama dan makan nasi berlauk telur cuma.
  1. Kenang setiap tugasan yang dilakukan isteri pada ketika kamu sendiri tidak mampu melakukannya. Bagaimana dia menyiapkan makan minummu, pakaian, tempat baringanmu, memastikan semua keperluanmu tersedia sempurna walaupun pada ketika dia sendiri tidak sempat persiapkan dirinya sendiri.
  1. Ingat saat-saat manis bersama, saat perkenalan kalian. Saat kamu memburu cintanya. Memujuk rayu agak dia menjadi milikmu, saat janji manis kamu tabur semaat-mata mahu memastikan dirinya dalam genggamanmu. Apabila sudah dapat…?
  1. Bayangkan kalau isteri melakukan perkara yang sama kepada kamu? Mencurangimu? Punya kekasih gelap di belakang kamu, berdusta berbohong pada ketika kamu mempercayainya? Apa yang akan kamu lakukan? Terus diam dan setia?
  1. Bagaimana untuk kamu memulangkan anak orang itu kepada orang tuanya dalam keadaan hatinya hancur remuk? Sedangkan ketika dirinya diambil dari kedua tapak tangan ibu bapanya, dia kelihatan begitu bahagia dan matanya penuh perngharapan kepada kamu sebagai pengganti ayah dan ibunya.
  1. Fikir jauh-jauh bagaimana situasi keluarga ke dua belah pihak? Silatuhaim tidak hanya akan terjejas antara kamu dan isteri, malah sanak saudara keduanya.
  1. Paling utama, fikirlah pengorbanan seorang isteri yang melahirkan anakmu, penyambung zuriat keturunanmu. Percayalah, kamu tidak akan mampu menanggung sakit seorang isteri yang melahirkan dan tempoh berpantanga yang menuntut kesabaran dan kekuatan tinggi.




Kredit Foto: Google