Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Catatan Bengah Tentang Adik Istimewanya yang Bergraduasi Semalam

"Inilah detik yang terakam seawal pagi masa majlis bermula dan masa penganugerahan kepada graduan-graduan istimewa Kelas Pendidikan Khas. Jelas sebutan dari menunggu giliran ternanti pengumuman nama Cik Pia... Afiatul Salsabiila. Dan rakan-rakan sekelas dia. Abang bangga dengan kesemuanya... *kesat peluh kat dahi* seperti mengambil segulung ijazah sarjana muda-mudi cikebum cikebum. Tiada reaksi yang bukan-bukan daripada Cik Pia di pentas dan alhamdulillah syukur semua dipermudahkan-Nya. Doakan yang baik-baik kepada mereka yang istimewa ni ya."

Dan Ini Satu Lagi Nukilan Hati Bengah, Abang Afiatul Salsabila yang Menyentuh Hati

"Inilah kenangan terindah untuk hari ini dan kepada penjaga, guru-guru, pelatih semua yang menjaga mendidik insan istimewa semua ini, Bengah nak ucapkan tahniah juga kepada kalian. Jasamu tidak terbalas. @asyamoordan Bonda tersayang, terima kasih juga sebab kita sama-sama jaga kesayangan alam ini. Jangan nangis tengok video ni, kalau nak nangis bagi doa sekali. Dan dalam kiriman doa tu, doakan urusan Bengah dipermudahkan-Nya (ramai-ramai aminkan). Terima kasih kalian dan terima kasih Allah SWT atas limpah kurnia semua ini."

Inilah kenangan terindah untuk hari ini dan kepada penjaga, guru guru, pelatih semua yang menjaga mendidik insan istimewa semua ni.. Bengah nak ucapkan tahniah juga pada kalian. jasa mu tidak terbalas. @asyamoor dan Bonda tersayang.. terima kasih juga ? sebab kita sama sama jaga kesayangan alam ni. jangan nangis tengok video ni kalau nak nangis bagi doa sekali. dan dalam kiriman doa tu doakan urusan Bengah dipermudahkanNya.. (ramai ramai Amin kan) terima kasih kalian dan terima kasih Allah SWT atas limpah kurni semua ini.. ? #AbangYangPenyayang

A post shared by Abang Yang Penyayang (@makhlokmacho) on

Cik Pia tak bagi amek gambar sekarang ? #KakakForm7 bagi amaran tuu. lapar tak makan lagi tapi tingkah laku baik. kesayangan alam ni.. garang betei ?

A post shared by Abang Yang Penyayang (@makhlokmacho) on

Pernah satu ketika dia menjadi tular kerana kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada adiknya yang Sindrom Down. Setiap kali Hammad Zamakhsari atau lebih dikenali sebagai Bengah memuat naik video atau foto bersama adiknya, Afiatul Salsabila atau Cik Pia, ia pasti menjadi perhatian ramai.

A post shared by Abang Yang Penyayang (@makhlokmacho) on

Nilai kasih sayang yang dipamerkan oleh seorang abang terhadap adiknya yang merupakan golongan istimewa ini, nyata mencuri tumpuan masyarakat. Ya, bukan mudah untuk menerima pandangan dan reaksi orang ramai tentang cara kita menguruskan anak-anak Sindrom Down. Ia sebenarnya amat mencabar mana-mana ahli keluarga yang mengalaminya, baik daripada aspek fizikal dan emosi.

Malah, berlaku juga kes di mana ahli keluarga berasa malu, aib lantas tidak dapat menerima kenyataan bahawa salah seorang ahli keluarga ‘terkait’ dengan insan istimewa pilihan Allah SWT ini. Seharusnya kita tidak perlu berasa malu. Ini mungkin salah satu ujian yang diberi oleh-Nya. Namun, apa yang dilakukan oleh Bengah #AbangYangPenyayang ini wajar kita jadikan contoh dan sumber inspirasi.

Yang pasti, setiap status yang Bengah kongsikan di media sosial harus difahami sebagai bukan untuk meraih simpati. Sebaliknya, Bengah lantang memberitahu dunia bahawa dia bangga kerana diberi peluang untuk menjadi saudara sedarah sedaging dengan insan OKU istimewa seperti adiknya, Cik Pia.

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Berikut adalah 10 foto dan caption oleh Bengah yang boleh kita jadikan sebagai inspirasi. Ayuh baca dan sematkan dalam hati.

Afiatul Juga Seorang Ibu Saudara yang Penyayang dan Tahu Makna Tanggungjawab

Kata Bengah: Orang yang tahu bagaimana insan istimewa (down syndrome) pasti akan ingat mereka ini bahaya, agresif dan merbahaya. Ini Bengah nak cerita tentang @afiathorrr sikit, dikenali sebagai Cik Pia… Sangat penyayang dan pengasih kepada kanak kanak dan budak kecil dari dia. Cik Pia juga tahu cemburu kalau dia tak dapat layanan macam baby. Jadi… Bila Cik Pia dengan Bengah, dia akan jadi baby tapi bila dia dengan baby pula? Cik Pia nak jadi Mak Cik Yang Penyayang pulak ? dalam keluarga dia tetap baby dan selama hayat dia tetap selamanya baby... Dalam gambar ini pon dia tahu baby Maisara tak boleh makan benda keras, so Cik Pia suapkan kentang lenyek. Cik Pia tunjuk kasih sayang dia dan kongsi sedikit makanan kegemaran beliau, Chicken Chop.

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Momen Gembira Afiatul

Kata Bengah: Apa yang istimewa insan Down Sindrome ini? Istimewanya mereka ini tiada masalah dalam hidup, yang menjadi masalah kalau mereka ini tak difahami… Macam Cik Pia ? nak bercakap tak jelas. Cara dia berkomunikasi tak sama dengan orang yang normal. Cik Pia tak boleh bercakap seperti biasa hanya keluarga je faham bahasa dia, dan insan istimewa seperti dia ni mempunyai daya ingatan yang kuat.? #AbangYangPenyayang

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Senyuman Anak Sindrom Down yang Jujur dan Ikhlas

Kata Bengah: Yang sama umur dengan Cik Pia hari ini, ada yang keluar lepak dengan kawan kawan lewat malam ke pagi, ada yang pergi lakukan aktiviti panjat bukit, ada yang travel sana sini, ada yang kejar cita-cita jadi polis, jadi penyanyi, jadi pelakon, jadi penari dan macam macam lah! Tapi Afiatul nak jadi apa besar nanti ni? jawab dia… "BIG BANG!" dan dia bukan seperti insan lain yang sama umur dengan dia. Walaupon 19 tahun bukan dalam peringkat matang untuk dia berfikir macam kita. Keisitimewaan yang ada pada dia… Senang atau mudah melemparkan senyuman (kekadang muka masam jugak macam nak makan orang!) OK relak. Sekarang ni APA kebaikkan yang korang dapat tengok gelagat dia selama ni? Tular sejak 2015. kongsi la cerita dekat komen ?#AbangYangPenyayang #Afiathorrr #AsyikAsyikBajuKucing

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Kasih Ayah Sampai ke Syurga

Kata Bengah: "Bila last kau jalan pimpin tangan Ayah? Afiatul ini sampai bila pon dia suka jalan berpimpin tangan…” Ayah tanya Bengah. Bengah boleh je jalan di supermarket atau kat mana mana pimpin tangan. Relak ah. Nak malu buat apa? Sekarang ini Cik Pia memang takkan lepas tangan Ayah la sebab dia nak pau Ayah makan kentang ??? HAHAHA!#AbangYangPenyayang

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Inilah Momen #KakakForm7 ke Sekolah Sebelum Dia Berjaya Bergraduasi, Syabas Afiatul!

Kata Bengah: Bangun pagi awal, senyum elok bergambar, pakaian kemas nak masuk sekolah tapi datang hari ini nak bayar duit graduasi Cik Pia dah nak tamat form7. Sampai je sekolah…10 saat je sekolah, tak apalah asalkan ke sekolah. Selamat pagi! #AbangYangPenyayang #KakakForm7

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Afiatul Juga 'Sporting' Orangnya

Kata Bengah: "Kalau dalam keluarga Bengah takde Afiatul dengan siapa Bengah rapat sekarang ni?" Errm… Dengan Abang Long? Kak Asya ke? Amid? Amid tak best ahh… Haha. Tapi! Keadaan takkan sama macam sekarang sebab kehadiran Afiatul dalam keluarga ini pon satu anugerah. Adik beradik lain pon sayang Cik Pia ni sama macam Bengah buat. Cuma Bengah lebih kepada merakam aksi harian dengan dia. Sambil itu dapat beri inspirasi kepada keluarga lain yang punyai insan seperti Cik Pia ini. Seronok tengok gelagat mereka ni… Kadang kita yang jadi Down Syndrome terlebih ? haha. Apa yang Bengah buat semua ini adalah untuk menjadikan Cik Pia insan yang serba boleh! Macam insan lain. Insya-Allah akan jadi bintang yang menyinari keluarga (ramai ramai Amin kan) bintang gemok pon bintang gemok lah ? kesayangan alam ini… Moga adik sihat walafiat. #AbangYangPenyayang

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Sentiasa Berdoa Supaya Urusan dimudahkan Allah

Kata Bengah: Selain daripada pandang wajah Mak dan Ayah. Tengok kau pon abang rasa tenang sikit… Doakan urusan abang dipermudahkan-Nya tau dek, tau tau! Abang nak pergi buat kerja, Cik Pia pula ikut Mak Akak pergi beraya lagi. Hati-hati sayangku.?

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Inilah Pengorbanan #AbangYangPenyayang, Ambillah Ia Sebagai Inspirasi

Kata Bengah: Satu hari bila adik demam abang tak tahu apa adik alami. Kau punya manja lain macam. Nak sentuh dahi rasa suhu badan panas ke tak pon dah marah macam ribut taufan. Anak-anak istimewa ni lagi nak manja kalau mereka jatuh sakit, tapi nanti kita yang akan terasa sakit melihat kesakitan yang mereka alami. Sakit sangat ke? Demam je pon? Antibodi mereka tak sama macam kita yang normal ini. Rehat sebentar ya… Semoga cepat sembuh dan abang akan buli adik lagi macam biasa ? #AbangYangPenyayang

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Kasih Abang yang Penyayang dan Bersifat Melindungi

Kata Bengah: Ada orang malu bawa adik akak abang dia jalan jalan ke supermarket. Tak yah malu… Hei hei! Jangan buat peace ke belakang! Jalan kool macho cam Bengah! Haha… Kan senang kawal keadaan? ? #AbangYangPenyayang

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho

Adik dan Abang Ini Menangis dan Ketawa Bersama-sama

Kata Bengah: Cik Pyoo dengan Kwang Soo Ngah ?

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho