Begitulah indahnya Allah ciptakan naluri seorang perempuan yang lembut, halus, penuh kasih-sayang, sarat cinta dan tanggungjawab terutamanya kepada insan yang mereka sayangi. Walau ada segelintir perempuan lurannya nampak kasar dan keras, hakikatnya jiwanya tetap berbalut keluhuran dan simpati.
Apa lagi jika setelah dia dinikahi oleh sang lelaki yang sangat dicintainya. Isteri automatiknya, akan cuba sedaya-upaya menjadi suri hati terbaik untuk suami, ingin setia, menjaga kebajikan suami dan keluarga, sentiasa manja, mesra dan menjadi penyejuk hati setiap kali suami kegelisahan.
Nyatakan apa sahaja permintaan suami, pasti akan ditunaikan sebaik mungkin. Isteri yang benar-benar cintakan suaminya pasti menggalas semua tanggungjawab di rumah sesempurna yang dia mampu lakukan. Tanpa sungutan, keluhan atau lelah. Asal sahaja, suami terus menjaga hatinya dan melayani dia sebagai makmummu.
Hargai Isteri Ketika Hidupnya
Pengorbanan seorang isteri tak mampu dirakamkan dengan tulisan mahupun kata-kata. Hanya perlu lihat bagaimana dia mengandung dan melahirkan zuriat suami pun sudah cukup untuk menggambarkan perjuangan dan jihad isteri terhadap suaminya yang tak terbalas dengan apa pun bayaran.
Maka, kenapa masih ada suami yang masih berkeras dan mengecewakan hati isteri? Hati isteri ini rapuh dan mudah sahaja untuk dilentur kalau kena gaya asuhan dan didikan si suami. Seburuk-buruk isteri, jika dipelihara dengan baik oleh suami yang amanah, pasti dapat membentuk isteri solehah dan keluarga sakinah.
Suami kan nakhoda dan pemimpin keluarga. Buruk baik sesebuah rumah tangga itu bergantung penuh kepada kebijaksanaan suami memandunya. Maka, subjek utama suami ialah isteri yang harus dititikberatkan terlebih dulu. Daripada kerukunan suami dan isteri, maka lahirkan anak-anak yang soleh solehah dan membina keluarga sakinah.
Hargai isteri ketika masih ada hayatnya dan bukan merintih setelah ketiadaannya. Buang ego dan sifat ‘kelelakian’ yang terlalu sukar untuk mengalah. Luahkan kasih-sayang dan cinta terhadap isteri secara fizikal. Bukan hanya dengan ‘dia tahu saya sayang’. Sayang ada kala perlu ditunjuk secara mata kasar.
Sesekali, puji isteri, sama ada rupa parasnya, masakannya atau budi baiknya. Selalulah ucapkan terima kasih atas setiap baktinya. Belai dan kucup tubuhnya. Jika berkemampuan, belilah hadiah atau bawa dia ke destinasi yang dia sukai. Raikan hatinya untuk berasa gembira dan lapang.
Jangan berasa kekok untuk meminta maaf terlebih dulu jika ada terbuat salah kepada isteri. Isteri biasanya mudah saja memberi kemaafan dan peluang kepada suami. Jadi, kenapa disia-siakan kebaikan isteri yang satu itu? Jika pendamaian boleh dicapai dalam masa yang singkat kenapa perlu dilama-lamakan hanya kerana ego?
Ingat, saat isteri pergi dulu, air mata dan kekesalan tiada gunanya lagi, memori yang ada pun belum tentu mampu merawat rindu dan duka. Tiada lagi gelak tawanya, tiada lagi bebelan dan peringatannya. Tiada lagi air tangan masakannya, tiada lagi aturan dekorasi di rumahmu. Tiada lagi suri menemani kamu kemana-mana.
Rumah pun pasti hilang serinya tanpa isteri sebagai bidadari. Yang tinggal hanya kenangan yang entah manis atau pahit. Maka, para suami, sedarlah diri sebelum waktu menjadi cemburu, mengambil kembali isteri yang dicintai.
Afiza Kamarulzaman
Thu Nov 18 2021
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.