SIAP sedia semua....sesuatu yang hebat bakal berlaku! Aktor Ong Seong Wu mengesahkan akan mengadakan persembahan istimewa untuk pertemuan solo pertama bersama peminat di Kuala Lumpur pada 23 Mac ini di Axiata Arena.

Ini adalah pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang berpusat di Bangkok untuk penyanyi yang juga pelakon dari Korea Selatan berusia 23 tahun.

Aktor ini dalam acara jelajah yang dikenali sebagai “Eternity”. Hatchery menganjurkan acara yang sama di 3 bandar Asia termasuk Singapura, Bangkok dan Malaysia.

Ong Seong Wu merupakan seorang bekas anggota Wanna One — pernah datang ke Malaysia sekitar April 2018 sewaktu dia terbabit dalam penggambaran filem terbitan SBS berjudul ‘Law of the Jungle” bersama rakan kumpulannya Ha Soong-wun dan anggota SHINHWA, Yoon Shi-yoon di Sabah.

Tiket dijual menerusi https://airasiaredtix.com/ bermula 16 Februari 2019 mulai jam 10 pagi.

Maklumat lanjut ‘Ong Seong Wu First Fan Meeting In Malaysia’ :

• Tarikh: 23 Mac 2019 (Sabtu)

• Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur

• Masa: 6 petang

• Harga tiket: RM580, RM480, RM380 dan RM280

Untuk maklumat lanjut dan terkini boleh melayari Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th