Apabila berbicara soal keibubapaan, tiada satupun modul atau acuan mutlak yang perlu diikut. Kerana ia terlalu subjektif dan hakikatnya setiap ibu bapa punya cara dan pendekatan tersendiri dalam soal mendidik anak-anak.

Tentang bagaimana dan apa yang kita perhatikan disekeliling, apa yang kita baca, atau sejauh manakah kita cakna betapa pentingnya kemahiran dan ilmu keibubapaan dalam mendepani zaman yang serba mencabar ini.

Semuanya berbalik kepada kita. Menghukum dan tegas, biar kena pada cara dan tempatnya. Bermanja dan melayani mereka seperti kawan, ada batasnya.

Sementelah isu ilmu keibubapaan kebelakangan ini semakin mencabar dan sukar, tetapi setiap ibu bapa pasti punya pendekatan dan cara tersendiri untuk membentuk anak-anak mereka agar menjadi manusia yang kaya dengan sifat kemanusiaan bukan?



Kredit foto: IG Ozlynn




Ya didikan awal amatlah penting. Itulah yang ditekankan selebriti terkenal, Ozlynn yang menitikberatkan didikan solat dan mengaji kepada anak-anak.

Ahmad Ariq Hanania (14), Ahmad Haziq Hanania (6), Ahmad Sodiq Hanania (9), Nur Latifah Chantiq Hanania (4) dan Nur Latifah Moleiq Hanania (1 tahun 3 bulan) .

Sedari mereka kecil lagi, sudah dilazimi dengan rutin solat berjemaah dan mengaji usai solat Subuh. Subhanallah… Indah bukan?




Kredit foto: IG Ozlynn




Biarpun ‘gila-gila’ tetapi kami percaya setiap posting yang dimuat naik Ozlynn mengenai perihal anak-anaknya pasti bikin netizen seakan mengangguk tanda setuju.

Bagaimana nak galakkan anak-anak solat dan mengaji di awal usia? Ini cara Ozlyn, tidak salah jika kalian teliti dan cuba praktikkan cara berikut:



Kredit foto: IG Ozlynn





1. Picit Ibu Jari Kaki
Tak perlu terjerit-jerit panggil anak-anak. Pegang ibu jari kaki, picit sedikit kemudian goyangkan. Ini bagi mengelakkan mereka terperanjat.



2. Ajak anak-anak turut serta
Apabila anak-anak lihat ibu bapa lakukan rutin tunaikan solat, mereka turut sama teruja dan seronok mahu lakukan bersama.



Kredit foto: IG Ozlynn





3. Jadikan habit solat berjemaah
Sedari awal berkahwin lagi, amalkan rutin tunaikan solat berjemaah bersama suami. Dan apabila anak yang berusia setahun ke atas mula lihat, secara tidak langsung dia akan turut sama sujud ketika lihat si ibu mula membentang sejadah.



4. Jangan beri alasan sibuk dengan kerja dan tiada masa
Carilah masa sekurang-kurangnya ketika hari cuti. Paling mudah cuti hujung minggu. Luangkan masa dan tunaikan solat berjemaah bersama.




Kredit foto: IG Ozlynn




Semoga perkongsian Ozlynn mampu menjentik emosi, mengetuk pintu hati dan menjadi titik tolak untuk kita fikir-fikirkan dan bertindak demi kebaikan anak-anak juga kesejahteraan keluarga kita.



Kredit foto: IG Ozlynn