Skip to main content

Viral

Kongsi Wajah Anak Sempena Usia 10 Bulan, Jane Mohon Maaf Tak Dapat Beri Keluarga Sempurna - “Mommy Bukan Ibu Yang…”

ASTROGEMPAK Jane

Pempengaruh media sosial, Jane atau nama sebenarnya, Aireena Sofia Zakaria meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anaknya, Muhammad Hud Thalhah yang kini berusia 10 bulan. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, meskipun dirinya bukan seorang ibu yang sempurna, dia akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat anaknya.

 

“Muhammad Hud Thalhah, mommy bangga ada anak sehebat awak. Mommy nak Ahaa tahu, mommy akan sentiasa ada dengan Ahaa. Mommy bukan ibu yang sempurna, ada kekurangan dan kesilapan. 

 

“Tapi kasih sayang mommy pada Ahaa tak pernah kurang walau sedikit. Ahaa adalah segala-galanya buat mommy, mommy sanggup buat apa sahaja untuk Ahaa,” kongsinya. 

 

Memilih untuk berkongsi wajah anaknya sebagai tanda syukur, Jane turut memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebuah keluarga yang sempurna buat anaknya. 

 

“Maafkan mommy sebab tak dapat berikan sebuah keluarga yang sempurna untuk awak, tapi mommy akan berikan seluruh hati dan kasih sayang yang mommy ada untuk membesarkan Ahaa menjadi insan yang baik.

 

“Di sebalik setiap senyuman ini, ada perjalanan yang panjang dan penuh ujian. Harini 19/6/2026, saya memilih untuk berkongsi wajah anak saya sebagai tanda syukur atas nikmat yang Allah berikan,” ujarnya.  

 

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pempengaruh Haqiem Stopa itu menegaskan apa jua yang berlaku dalam kehidupan orang dewasa, anaknya tetap menjadi anugerah paling indah yang menguatkan dirinya untuk terus melangkah.

 

“Apa pun yang berlaku antara orang dewasa, dia tetap anugerah paling indah dalam hidup saya. Semoga Allah menjaga dan melindungi Ahaa di setiap langkah, amiiin.

 

“Kamu adalah sebab mommy terus kuat setiap hari, inilah hadiah yang Allah berikan, yang paling bermakna untuk mommy. Terima kasih Ya Allah,” katanya. 

 

Terdahulu Jane telah memfailkan permohonan perceraian terhadap Haqiem di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada November 2025 dan mereka sah bercerai talak satu pada pertengahan Januari lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement