Skip to main content

Selebriti

“Ramai Ingat Saya Kelakar, Hakikatnya Saya Garang” - Remy Ishak Akui Sisi Lucu Hanya Untuk Isteri

ASTROGEMPAK Remy Ishak

Sekilas

  • Remy Ishak mengakui dia seorang yang serius dan tegas, tetapi hanya menunjukkan sisi humor bersama isteri sebagai kemesraan dalam rumah tangga.
  • Pelakon itu menegaskan dia meletakkan batas untuk menjaga privasi dan ketenangan keluarga, terutama ketika menguruskan ahli keluarga yang sakit.
  • Remy menasihati peminat supaya menghormati adab dan menilai semula sikap mereka sebelum melabel artis sebagai sombong atau tidak mesra.

Pelakon, Remy Ishak mengakui dia seorang yang serius dan tegas, namun mempunyai sisi humor yang hanya ditonjolkan ketika bersama keluarga, khususnya isterinya, Ezza Yusof.

 

Menurut Remy, sisi tersebut cukup istimewa dan hanya dikongsi bersama isteri sebagai sebahagian daripada kemesraan dalam rumah tangga.

 

“Saya bukanlah seorang yang kelakar. Sebenarnya saya agak garang. Cuma isteri saya suka ‘mengaibkan’ saya. Saya hanya berjenaka di sisinya sahaja, tetapi dia gemar memuat naik video di media sosial sehingga orang ramai menganggap saya seorang yang kelakar.

 

“Jadi, orang sangka saya juga begitu di luar. Hakikatnya, saya hanya menunjukkan sisi itu kepada dia kerana dia istimewa bagi saya. Itu adalah sisi peribadi dalam rumah tangga, hak saya dan keluarga.

 

“Disebabkan itu, sekarang saya mula menyemak terlebih dahulu video yang mahu dimuat naik olehnya,” katanya sambil ketawa ketika ditemui pada sidang media drama Khadam, baru-baru ini.

 

Mengulas mengenai label ‘sombong’ yang mudah dilabel kepada artis, pelakon yang pernah digelar Hero Malaya itu tidak menafikan sengaja meletakkan batas tertentu demi menjaga privasi dan ketenangan keluarga.

 

Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir peminat yang disifatkannya kurang menghormati situasi sensitif, terutama ketika dia sedang menguruskan ahli keluarga yang sakit.

 

“Ada peminat yang berjumpa kita tanpa mengira keadaan dan memberikan komen yang kurang baik. Pernah ketika saya berada di hospital bersama ahli keluarga yang sakit, mereka tidak menghiraukan keadaan tersebut dan tetap mahu bergambar.

 

“Apabila kita menolak, kita terus dilabel sombong. Begitu juga ketika bekerja. Sedang fokus menghayati watak, tiba-tiba ada yang menjerit memanggil ‘Woi Remy’ seperti kawan rapat.

 

“Saya tidak kenal dia. Walaupun dia mengenali saya, adab tetap perlu dijaga,” katanya.

 

Tambah Remy, individu yang gemar melabel artis sebagai sombong atau tidak mesra seharusnya bermuhasabah dan menilai semula tingkah laku sendiri, termasuk di media sosial.

 

“Mereka yang bersikap begini selalunya akan mengatakan artis tidak baik.

 

“Namun, cuba lihat semula diri sendiri, hantaran di media sosial pula dipenuhi kata-kata kesat dan maki hamun.

Anda mungkin berminat dengan

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Must Watch Video

Advertisement