Hiburan
Farid Kamil Sedang Nikmati Kebahagian, Akui Badan Semakin Berisi - “Ini Kali Pertama Berat Saya Mencecah Sebanyak…”
Semenjak kembali bersama, pelakon Farid Kamil dilihat semakin bahagia disamping isteri tercinta iaitu aktres Diana Danielle dan anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
Bahagia Bersama Keluarga
Farid mengakui dia kini menikmati kehidupan yang bahagia bersama keluarganya dan turut melahirkan fasa syukur atas nikmat yang Allah berikan kepadanya.
"Saya sebenarnya amat bersyukur dan rasa dirahamati. Saya menikmati kehidupan dengan penuh bahagia, alhamdulillah.
"Segalanya berjalan dengan lancar termasuk keluarga dan kerjaya seni. Selain gembira, saya memang amat bersyukur,” kata Farid kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Polis Wanita Digantung Tugas Ceroboh Kawasan Kediaman Penyanyi
BERITA TRENDING: Plot Twist! Tuduh Bekas Suami, Areum Ditahan Dera, Beri Anak Dadah
Farid ditemui di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, selepas selesai urusan pengembumian Allahyarham pelakon dan penyair, Pyanhabib pada Rabu.
Berat Badan Naik
Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya seni, Farid memberitahu dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Baran.
Katanya, pengarah filem berkenaan memintanya untuk menaikkan berat badan sehingga mencecah sekitar 97 kilogram demi menjayakan watak.