Skip to main content

Trend Pasaran

Polis Wanita Digantung Tugas Ceroboh Kawasan Kediaman Penyanyi

astro-gempak-polis-wanita-ceroboh-rumah-penyanyi-lelaki.jpg

Seorang polis wanita digantung tugas selepas menyalah gunakan kuasa apabila mengintip data dan alamat kediaman seorang penyanyi lelaki untuk kepentingan peribadi.

Polis wanita yang digelar A daripada Jabatan Polis Chungnam, Korea Selatan dilaporkan mengambil alamat kediaman seorang penyanyi trot popular.

Meski pun tidak mendatangkan ancaman, penyanyi tersebut yang terkejut dengan tindakan A muncul di kediamannya melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan, A telah datang ke kediaman penyanyi tersebut yang terletak di Seoul tanpa kebenaran.

Selepas diselidik, A didapati telah mengambil alamat penyanyi tersebut daripada data dalaman pihak berkuasa.

Akibat perbuatannya, A bukan hanya digantung kerja namun jika didapati bersalah dia juga berdepan hukuman lima tahun penjara dan denda.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement