• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kehadiran Abon Jadi Artis Jemputan Di Konsert GenKRU Jadi Persoalan, Anak Tampil Perjelaskan - “Ramai Tanya Kenapa KRU Undang Ayah…”
HIBURAN
Farisha Irwayu Umum Dah Cerai Melalui ‘Fast Track’, Ucap Selamat Pengantin Baharu Pada Bekas Suami - “Kepada Penyondol, Boleh Jadi Nombor 1 Sebab…”
BERITA
Nahas FRU: Tiga Anggota Masih Kritikal, Tidak Sedarkan Diri
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Fikry Ibrahim Nafi Dakwaan Kahwin Paksa, Ada Sebab Tak Hebahkan Perkahwinan - “Saya Percaya Benda Yang Baik…”

Mya Amri
14/02/2025
01:33 MYT
Sponsor Banner
Fikry Ibrahim Nafi Dakwaan Kahwin Paksa, Ada Sebab Tak Hebahkan Perkahwinan - “Saya Percaya Benda Yang Baik…”
Pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai berita perkahwinannya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ada sebab tak hebah awal

Menurut Fikry, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya bersama wanita pilihan hati iaitu Khalizah, sebaliknya dia menunggu majlis tersebut selesai terlebih dahulu.
“Saya percaya benda yang baik ni selagi tak pasti jangan kongsikan, jadi saya tunggu sampai selesai. Alhamdulillah perkara yang baik,” katanya menerusi siaran langsung program Melodi.

Nafi kahwin paksa

Berbicara mengenai perkahwinannya, Fikry juga turut menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak gembira dan dikahwin secara paksa.
Kata Fikry, pada ketika itu banyak perkara yang difikirkannya sebaik sahaja sah bergelar suami.

“Ada yang cakap muka tak rela ke awak kena kahwin, saya rasa salah tu, saya bukan buat Akasia, mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir termasuklah menjadi seorang suami ni tanggungjawab dia besar dan kena adil. “Saya ada seorang ibu, saya ada seorang isteri sekarang ini. Adil itu bukanlah sama rata. Adil itu meletakkan hak pada tempatnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fikry juga memaklumkan isterinya kini sedang berada di Kedah menjaga ibunya.
“Isteri saya sekarang ini tengah dengan ehsan beliau tengah menjaga ibunda saya tercinta di Kedah. Terima kasih sayang,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

ARTIKEL BERKAITAN:“Kena Minor Stroke, Ibu Lupa Nama Saya..” - Kongsi Kesihatan Terkini Ibu, Air Mata Fikry Ibrahim Tumpah

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim Kongsi Video Mengusik Ibu Buat Netizen Terhibur - “Hat Ni Kalau Kawin Bagitau Awai Naa”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Masa Kena Berlembut, Ada Masa Kena..” - Fikry Ibrahim Beri Pesanan Pada ‘Adam’ Di Luar Sana

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”

Terdahulu, tular satu perkongsian yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram bernama Honey Julpaaa.
Menerusi beberapa hantaran di Insta Stories miliknya merakamkan Fikry dan Khalizah menyarungkan busana berwarna putih.
Malah Fikry juga dilihat melafaz akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Related Topics
#Kahwin
#Fikry Ibrahim
Must-Watch Video