Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Analisa Kad Sim Suspek & Siasat Lokasi Kebun Dipercayai Tempat Persinggahan Sebelum Kejadian

Gempak
20/07/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Analisa Kad Sim Suspek & Siasat Lokasi Kebun Dipercayai Tempat Persinggahan Sebelum Kejadian
Kad sim dipercayai milik anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah sedang dianalisa.

Analisa Kad Sim Suspek

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Ya. Polis sudah menemukan kad sim milik suspek untuk proses analisa," katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, polis turut menjalankan proses sama ke atas kereta jenis Toyota Vios milik suspek selepas pulang dari pencarian bahan bukti di sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak, hari ini.

Siasat Kebun Ubi

Dalam pada itu, lapor Sinar Harian, kebun ubi berkenaan bukan milik suspek sebaliknya suspek bekerja sambilan untuk mengusahakannya.

"Terdapat beberapa aspek yang menjurus kepada siasatan dijalankan di lokasi memandangkan suspek dipercayai mengusahakan tanaman di kawasan kebun itu.

"Selain itu, semakan dan analisa turut dijalankan melibatkan kereta jenis Toyota Vios digunakan suspek ketika kejadian dan sim kad milik suspek," katanya.

Pencarian Bukti Ditangguhkan Sementara

Sementara itu, Mohd Asri turut menyatakan usaha pencarian bukti di Sungai Trolak belum dapat diteruskan susulan keadaan sungai yang tidak mengizinkan.

"Ini berdasarkan maklumat daripada pemantauan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim yang memaklumkan keadaan sungai tidak sesuai untuk unit skuba meneruskan pencarian bahan bukti," katanya.

Media sebelum ini melaporkan beg tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Trolak ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.
Lokasi ini terletak kira-kira 20 minit daripada parit dekat kawasan hutan kelapa sawit dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor yang menjadi kawasan pencarian bahan bukti sebelum ini.
Pencarian yang dijalankan polis di kawasan parit berkenaan sebelum ini menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa.
Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit Felda Gedangsa di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, pada Isnin.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga anggota polis berusia 26 tahun yang reman pada Selasa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.
Minggu lalu, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada Rabu lalu jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Rindu, Ziarah Pusara Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: Sampel DNA Sepadan, Jenazah Nur Farah Kartini Dikebumi Di Pekan, Pahang

ARTIKEL BERKAITANl: “Setiap Hari Adik Menangis, Tak Boleh Bekerja & Perlu Jaga Anak Masih Bayi” - Abang Dedah Emosi Isteri Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Terganggu

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Yang Berlaku Ini Adalah Atas Dirinya Sendiri, Berani Buat Berani Tanggung” - Bapa Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: Ladang Kelapa Sawit Dipercayai Lokasi Farah Kartini Dibunuh - "Motif Dalam Siasatan Lagi"

ARTIKEL BERKAITAN: Sejam Menyelam Akhirnya Telefon Pintar Nur Farah Kartini Ditemui, Suspek Turut Berada Di Lokasi Kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: "Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Sumber: Sinar Harian & Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar