Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Roslan Shah Rebah Ketika Live Show, Haqiem Anak Coming Soon? Fify Azmi Terkandas Di Perhentian Antara Story Tergempak Hari Ini

Syafiqah Jalal 28/02/2022 | 15:00 MYT
Hari isnin ini dimulakan dengan pelbagai berita tergempar artis seperti pengacara Roslan Shah tiba-tiba rebah ketika dalam rancangan siaran langsung TV.
Selain itu, penyanyi Haq iem Rusli pula bagai telah memberi hint yang dia bakal menjadi bapa?
Manakala paling cemas cerita pelakon Fify Azmi yang terkandas di Pulau Perhentian. Banyak lagi kisah artis Malaysia hari ini. Berikut antara lima yang menarik di Gempak:
  1. Saya Batuk & Tersedak Terus Rebah Tak Ingat Apa-Apa” - Roslan Shah
Pengacara dan pelakon. Roslan Shah akui kejadian pengsan dan rebah secara tiba-tiba ketika berada dalam program TV secara langsung siang tadi berlaku dengan pantas.
Roslan, 50, yang kini sudah berada dalam keadaan stabil di Hospital Sungai Buloh sempat berkongsi perkara sebenar yang berlaku kepada Gempak.
BACA: Roslan Shah Tiba Tiba Rebah Terlungkup Ketika Siaran Langsung Di Televisyen
  1. Pengsan, Ajoi Negatif COVID-19 & Sihat Sebelum Buat Persembahan! Rupanya Kadar Degupan Jantung...
Salah seorang peserta Big Stage, Ajoi Rahman dikejarkan ke hospital di Putrajaya selepas pengsan setelah selesai membuat persembahan pada minggu keempat pertandingan program realiti nyanyian tersebut, malam tadi.
Menurut Penerbit Penyelaras Big Stage 2022 Mohd Noor Firdaus Mahadi, pasukan paramedik telah bertindak melakukan pertolongan cemas.
  1. “Anak Coming Soon”- Isteri Haqiem Rusli Hamil?
Meskipun sebelum ini Haqiem pernah memberitahu dia dan isteri, Anis Sofea belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana masih muda, namun kenyataan dari penyanyi Tergantung Sepi baru-baru ini meninggalkan tanda tanya.
Menerusi satu video yang dimuat naik ke juru foto Aqo Imran, Haqiem telah mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu ‘anak coming soon’.
  1. “Selepas 6 Jam Negatif Pulak”- Test Kit Covid-19 Barubah Dari Positif, Aaron Aziz Buat Ujian PCR
Pelakon Datuk Aaron Aziz memaklumkan keputusan ujian kendiri yang dilakukan kali kedua berubah selepas enam jam disahkan positif Covid-19.
Pun begitu bagi mendapatkan keputusan yang tepat, Aaron Aziz, 46, telah membuat ujian RT-PCR (PCR).
  1. Fify Azmi Antara Yang Terkandas Di Pulau Perhentian – “Cuak, Tapi Reda...Alhamdulillah Selamat"
Pelakon Fify Azmi antara 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian, sejak Jumaat lalu kerana keadaan laut bergelora dan angin kencang.
Fify ketika dihubungi Gempak berkata, dia kini sudah selamat tiba di Jeti Kuala Besut menaiki bot pelancong yang masuk ke pusat peranginan tersebut untuk misi menyelamat.
#Anak #Hamil #. #Roslan Shah #Haqiem Rusli #Fify Azmi
;