,
Highlight

5 Perbezaan Ketara Polis Evo Pertama dan Polis Evo 2!

Hanafis Haris
21/12/2018
08:39 MYT
Polis Evo 2 (PE2) telah pun mengaum di pawagam dan menyaksikan kutipan membanggakan selepas kemunculan pertama pada tahun 2015.
Rata-rata memberikan pujian mengenai hasil karya kedua ini dan ramai mengatakan ia lebih 'bad ass' daripada yang pertama.
Namun bagi yang belum menonton, saya senaraikan lima perbezaan antara Polis Evo satu (PE1) dan dua, sekali gus mengajak anda untuk menonton sekuel kedua ini.

#1 TIGA VS EMPAT POLIS!

Trio terhebat Jika diimbas kembali, Polis Evo 1 menyaksikan gabungan antara Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) serta seorang lagi pembantu mereka iaitu Ungku Hariz sebagai Sarjan Sofian.
Sarjan Sofian digambarkan sebagai orang kanan kedua-dua watak utama ini. Kepakarannya dalam bidang IT mengingatkan saya watak Penelope dalam drama siri Criminal Minds.
Berempat lagi padu. Bagi PE2 kali ini, keluarga Inspektor Sani dan Khai lebih besar. Anda akan lihat bagaimana Mat Dan (Syafie Naswip), Amin Galah (Riz Amin) beraksi dalam misi kali ini. Malah kehadiran Pasukan Unit Khas UKAP juga bakal membuatkan penonton tidak senang duduk.

#2 GADIS EVO1 VS EVO 2

Mana satu pilihan? Tidak lengkap rasanya tidak menyentuh kehadiran 'bunga' dalam filem Polis Evo. Tidak kiralah satu atau dua, anda pasti tidak kecewa dengan kehadiran dua pelakon ini.
Nora Danish menjadi penyeri filem Polis Evo namun untuk sekuelnya pula, PE2 menampilkan aktres Indonesia, Raline Shah.
Walaubagaimanapun, watak dan peranan kedua-dua pelakon ini berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri. Anis (Nora Danish) merupakan seorang wanita yang lemah lembut manakala Rian (Raline Shah) adalah seorang wanita lasak dan tegas.
Kalau rasa tak cukup lagi, PE2 turut menampilkan Erra Fazira! Tegas tapi tetap ayu dan cantik!

#3 PERTARUNGAN KOMEDI MAT YAM VS INSPEKTOR

Mana satu lebih kelakar? Ok ini boleh dikatakan ikonik! Siapa boleh lupa adegan Mat Yam (Amerul Affendi ) yang sedang membersihkan bot dalam PE1.
Gaya lembut dan watak sebagai orang siam sangat menjadi hingga terngiang-ngiang sampai hari ini. Elemen komedi dalam PE1 memang cukup kuat. Ditambah pula dengan lakonan Zizan Razak.
Namun adakah elemen komedi pada PE2 kurang?
Jawapannya tidak sama sekali! Bagaimanapun kali ini elemen komedi hanya bergantung pada Zizan Razak seorang dan adegan paling wajib korang tunggu adalah ketika Inspektor Sani diikat oleh penjenayah.
Dialog “Bang tali kita cabut bang, tolong ikat tali kita ni" antara punchline yang cukup kelakar! Ada yang tonton PE2 berkali-kali untuk babak ini.

#4 ISU DADAH VS AJARAN SESAT

Sahabat sehidup semati. Bagi pendapat saya, jalan cerita PE1 lebih mudah dan straight foward. Malah penggunaan dialog yang double meaning juga kurang. Sebagai permulaan PE1 cuba memperkenalkan watak dua polis yang mempunyai perwatakan yang berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.
Bagi PE2 pula, kedua-dua watak ini boleh dikatakan sudah matang. Oleh demikian gaya pembawakan cerita juga harus matang bukan?
Misi kali ini saya rasa tiga kali ganda jauh lebih mencabar kerana pihak polis terpaksa berdepan ancaman ektremis ajaran sesat.yang menjadikan 200 penduduk sebagai tebusan.
Bagaimanapun ia tidak bermakna PE2 satu filem yang complicated kerana bagi saya jalan cerita sebegini lebih menarik untuk pemikiran rakyat Malaysia yang lebih terbuka dan 'dahagakan' filem yang mempunyai pengisian.

#5 WATAK ANTOGANIS - IZRAIL VS HAFSYAM, DUA-DUA ADA KELAS!

Dua-dua hebat! Jika dibandingkan perwatakkan dan level jahat mereka, memang berbeza. Jika Izrail digambarkan sebagai ‘Tokan Dadah’ yang mengedarkan Syabu Naga di Terengganu, Hafsyam pula sebaliknya.
Beliau adalah ketua pengganas yang juga mengamalkan ajaran sesat. Misi Hafsyam adalah untuk menawan sebuah kampung yang dijadikan tebusan untuk mengugut kerajaan menyerahkan bapanya.
Pada yang tidak tahu, Pelakon Hushairi Husain menerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) menerusi wataknya dalam PE1.
Jika melihat lakonan Hasnul Rahmat dalam PE2, penulis tidak teragak-agak mengatakan beliau antara yang terbaik setakat ini. Mungkin anugerah yang sama dapat digenggam.

POLIS EVO 2 WAJIB TONTON!

Tidak dinafikan PE1 telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi bagi penghasilan filem aksi di Malaysia. Namun PE2 membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab berat untuk menghasilkan filem yang lebih baik dari sebelumnya.
Jika masih belum menonton, saya sarankan anda tonton segera kerana PE2 adalah filem aksi terbaik tahun ini.
Anda boleh saksikan video trailer Polis Evo 2 edisi Rojak Daily di atas.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”

gempak
20/11/2024
06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council

gempak
18/11/2024
12:49 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council
Filem

Terus ‘Mendunia’ Di Pawagam, Don Dukun Raih RM5 Juta Kutipan

gempak
18/11/2024
05:22 MYT
Filem seram komedi Don Dukun terus sukses dengan meraih kutipan terkini iaitu sebanyak RM5 juta.
Filem

Peminat Malaysia, Indonesia Tak Sabar Untuk Tonton Dongeng Sang Kancil - "Ini Tayangannya Di Malaysia Sahaja Atau Di Indo Juga"

gempak
18/11/2024
05:17 MYT
Baru sahaja tengok tayangan trailer, namun peminat sudah tidak sabar untuk saksikan filem animasi, Dongeng Sang Kancil.
Unitar