Kaw
Menggigil Tonton Dara Diperkosa, Penonton Sokong Tindakan Brunei
Filem adalah terjemahan sebuah cerita sama ada kisah benar atau rekaan kepada penonton bertujuan memberi satu bentuk hiburan. Namun, dari sudut pandangan seorang produser melihat filem sebagai produk yang boleh dijual untuk membawa keuntungan tetapi penggiat seni seperti pengarah, pelakon mahupun penonton pula mempunyai pandangan berbeza.
Aspek mesej pengajaran pada penonton tidak sekadar hiburan ringan sering diperkatakan. Hakikatnya, sesiapa saja boleh melontarkan pandangan mereka terhadap sesebuah filem sebagai kritikan atau pujian.
Begitu juga, pandangan seorang penonton terhadap filem terbaru, Pekak yang kini masih tayangan. Dia yang menulis rebiu filem ini di laman blognya, kembarapoketnipis.wordpress.com berkongsi 11 sebab dia keluar panggung sebelum filem lakonan utama, Zahiril Adzim itu berakhir.
Menurutnya, beberapa adegan membabitkan watak Dara dan Melur seperti mencuri rokok dan berbicara soal seks tanpa nikah termasuk asyik menyebut perkataan 'on' yang dipaparkan dalam filem ini dianggap lucu penonton remaja yang menonton ketika itu. Adegan watak Azman menghisap dadah juga boleh mengundang tarikan pada remaja untuk mencuba.

Selepas menonton sendiri filem berkenaan, dia menyokong tindakan kerajaan Brunei mengharamkan filem ini ditayangkan di sana adalah tepat. Jika anugerah luar negara diterima filem ini dijadikan ukuran filem ini berjaya, penulis blog ini mempersoalkan apakah pembaris akhlak mereka (penonton antarabangsa) sama dengan kita tanpa menggunakan penilaian agama dan budi bahasa kita sendiri.

Must-Watch Video