Selalunya apabila pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi tiada anak, pasti akan menjadi ‘buah mulut’ masyarakat terutamanya spesis 'Makcik Bawang'.

Paling terkesan pastilah golongan wanita.

Namun, dalam pada masyarakat menyalahkan wanita, lelaki juga seharusnya menanggung beban dan memikul tanggungjawab sama seperti mereka.

Perkongsian Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say ini mungkin mengubah persepsi anda terhadap isu ini. (Baca dengan penuh tabah)

2 TAHUN MERANCANG


Menurut Dr. Say menerusi instagramnya, dia dan pasangan telah berkahwin selama empat tahun setengah.

Dua tahun lalu mereka berdua merancang untuk menangguhkan niat mendapatkan zuriat memandangkan masing-masing mahu melunaskan tugas kerjaya masing-masing di Terengganu.

Selepas dua tahun, mereka kemudian berpindah ke Selangor dan ketika inilah mereka memulakan usaha untuk mendapatkan zuriat. Namun ketika itu masih belum ada rezeki.

Maka bermula sesi 'pembawangan' dalam kalangan orang terdekat.

JALANI SESI CONSULTATION


Sesi perundingan bersama doktor pakar dilakukan di Serdang dan mereka berdua disarankan untuk melakukan pemeriksaan rapi. Di sinilah mulanya ego seorang lelaki.

Menurut Dr. Say, dia turut tempis dengan pemikiran typical lelaki dalam dirinya. Tertanya-tanya mengapa dia juga perlu melakukan pemeriksaan.

“Aku nak check buat apa, aku sihat selalu pergi gym dan jaga makan,”

PLOT TWIST


Keputusan kemudian menunjukkan tahap kesuburan isterinya dalam keadaan normal. Pada masa sama 'normal' bagi lelaki apabila tetap yakin dengan tahap kesihatannya.

“Mesti Aku ok punya, aku gagah,”

Bagaimanapun keputusan menunjukkan sebaliknya. Ujian Semen Analysis menunjukkan banyak sperma yang abnormal morfologi (tidak banyak sperma normal).

“Terduduk saya bang!"

ISTERI MASIH DIPERSALAHKAN?


Mengakui sebaik mendapat keputusan terbabit, pelbagai perkara dan tanggapan bermain di fikirannya.

“Teringat banyak cerita apabila pasangan tidak boleh mengandung, bini dipersalahkan. Suami mintak cerai sebab bini mandul,” katanya.

Bagaimanapun berdasarkan keputusan itu sebenarnya masih ada harapan.

Menurut Dr Say, pakar terbabit menyatakan keputusan itu sebenarnya not bad dan masih ada peluang untuk mendapatkan zuriat.

TIPS BUAT SI LELAKI

Namun untuk memastikan impian itu tercapai, terdapat beberapa amalan dan pantang larang perlu dilakukan supanya sperma anda sentiasa sihat. Ini antara yang dinyatakan oleh pakar.
  1. Kurangkan pengambilan caffeine
  2. Patuhi dan makan ubat yang disuruh
  3. Jaga pemakanan dan jauhi minuman dan makanan ringan. (dalam kes Dr say, dia kerap mengambil pepsi black)

JADI ADAKAH MASIH SALAH WANITA?


Ironinya, pemikiran masyarakat kita masih di takuk lama, pandangan mereka juga masih menyalahkan wanita dalam hal ini. Tekanan sebenarnya masih di atas bahu wanita.

“Bile nak dapat anak"

"Tunggu ape lagi, rezeki tak elok tangguh"

"Kilang ko tutup baru tau"

Ini antara lontaran-lontaran dilemparkan kepada isteri. Lelaki pernah mengalaminya tak?

KENAPA TIDAK IVF?


Jelas Dr Say lagi, isterinya juga pernah mengutarakan topik IVF (persenyawaan luar rahim). Namun, kos yang perlukan adalah sekitar RM15,000 hingga RM18,000. Kaedah ini pastinya bukan di dalam kemampuan semua orang.

Reda dengan kekangan terbabit, Dr Say menyatakan dia kini sedang mengubah cara hidup dan mengurangkan segala tabiat lama yang mungkin menganggu kesihatan sperma.

“Kalau ikut IG story saya, sebab itu lah saya rajin masak sendiri. Sarapan ambil teh dan bukannya kopi, Pepsi Black memang saya buang. Semua demi bini.

“Sorry bukan happy ending seperti yang anda idamkan sebab this is life, bukan Kabhi Khushi Kabhie Gham," katanya.


Pengajaran daripada kisah ini, ketidaksuburan sebenarnya terletak 50-50 kepada perempuan dan lelaki.

“Wahai kaum lelaki jangan ingat 100% ketidaksuburan terletak pada bini semata-mata. Dengan situasi sekarang yang penuh dengan pencemaran (asap rokok serta asap-asap lain) dan gaya hidup , gaya pemakanan juga boleh menyumbang kepada ketidaksuburan,"

“Paling penting ego kena letak tepi bang,” katanya.

Kepada lelaki di luar sana, kita boleh ambil kisah dikongsikan Dr say sebagai pengajaran untuk tidak membiarkan bebanan dan kecaman ‘makcik bawang’ ditanggung oleh isteri seorang diri.

Sama-sama kita doakan supaya Dr Say dan pasangan mendapat cahaya mata okay!

Kisah Dr Say ini telah dikongsikan menerusi Instagram, anda boleh baca tulisan penuhnya di sini, Say_Sahzril