Skip to main content

Market Trends

Sebab Tukar Nama 'Pretzel Dog', Fahami Prinsip 'Thoyyiba'

jakim.jpg
Isu premis makanan, Auntie Anne's didakwa gagal mendapatkan pensijilan halal sehingga salah satu menu popularnya, 'Pretzel Dog' ditukar nama mencetuskan pelbagai pandangan umum sehingga ada segelintir pihak menyindir peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berbeza dengan pemahaman masyarakat bukan Islam, aspek nama pada makanan diambil perhatian serius JAKIM sebagai badan pengeluar Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, JAKIM dari masa ke semasa menilai kembali konteks garis panduan supaya bukan saja boleh dapat pengiktirafan di peringkat piawaian antarabangsa tetapi paling penting tidak menyusahkan orang lain.

Menjawab kontroversi membabitkan JAKIM berhubung isu perlu menukar nama makanan tertentu sebagai syarat mendapatkan sijil halal, Dr Asyraf menyatakan soal pensijilan halal bersifat sukarela, bukan wajib atau paksaan iaitu terserah pada premis perniagaan sama ada mahu mendapatkan pensijilan halal JAKIM atau tidak.

"Sejak kebelakangan ini lebih 10 dan 20 tahun lalu, banyak syarikat dalam negara dan luar negara melihat ada nilai tambah apabila mendapat pensijilan halal JAKIM kerana sudah terbukti banyak penyelidikan selepas mendapat pensijilan halal, nilai perdagangan mereka meningkat mendadak kerana keyakinan dan kesedaran masyarakat bukan saja di negara kita tetapi seluruh dunia.

"Sehingga kini, kita mempunyai 54 badan pensijilan halal dari 32 negara di seluruh dunia. Dalam konteks JAKIM, apabila sesebuah syarikat mahu mendapatkan pensijilan halal, sudah tentu kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tertentu menetapkan prinsip utama bukan saja halal dari aspek pematuhan syariah.

"Dalam al-Quran, Allah menyebut bukan saja soal halal tetapi 'Thoyyiba' bermaksud baik dalam erti kata, kita harus melihat secara komprehensif dan holistik iaitu baik dari segi penghasilannya, kandungannya, produk tersebut apakah ia menimbulkan kemudaratan pada pengguna dan sebagainya, baik dari segi penjenamaan, nama mesti cantik dan ini prinsip yang disebut Nabi Muhammad SAW," katanya ketika persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur yang dimuat naik video menerusi Bahagian Hab Halal, JAKIM, hari ini.


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Rakaman+video+penjelasan+Dr+Asyraf+di+Parlimen.+(Gambar%3a+Bahagian+Hab+Halal%2c+JAKIM+-+Facebook)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Tambahnya, penjenamaan juga termasuk aspek pematuhan halal dan 'Thoyyiba' sesuatu pensijilan di ambil kira dari masa ke semasa. Penambahbaikkan juga dilakukan bukan saja membabitkan JAKIM tetapi jabatan agama Islam dan majlis agama Islam negeri-negeri termasuk persatuan pengguna Islam yang menekan aspek halal secara holistik.

"Isu seperti Auntie Anne's ini ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab dan kita cuba kesan isu ini timbul dari 'fake account' yang dibuat untuk mencetuskan polemik seolah JAKIM telah mengharamkan tetapi sebenarnya soal ini tidak timbul. Cuma, apabila Auntie Anne's mahukan pengiktirafan daripada JAKIM secara sukarela, mereka datang pada Ogos lalu untuk mendapatkan pensijilan halal dan mereka perlu melalui proses yang ditetapkan mengikut piawaian antarabangsa," katanya.

Jelasnya, proses premis makanan francais itu mendapat pensijilan halal kini di peringkat audit halal bagi dapur berpusat. Ia masih dalam proses perbincangan dan aspek 'Thoyyiba' adalah pembahbaikkan dibuat JAKIM pada tahun 2015 dan istilah yang boleh mendapatkan kemudaratan, kekeliruan dan sesitiviti pada masyarakat Islam diberi penekanan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video