,
Lifestyle

Tiada Lagi Kartunis Lengkuas Dan Komik Mat Despatch

Azwa Rahman
11/08/2017
08:04 MYT
Kalau anda seorang penggemar majalah komik Ujang, pasti anda tahu watak Mat Despatch dan bosnya. Pagi tadi kartunis Lengkuas yang sinonim dengan komik Mat Despatch telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.
Berita sedih itu dikongsi oleh kartunis Ujang atau Ibrahim Ujang di akaun Facebooknya.
Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53 adalah kartunis utama bagi majalah Ujang yang popular sekitar tahun 90an. Mat Despatch berjaya mencuit hati kita dengan telatahnya yang suka meminta RM2 pada bosnya serta curi tulang ketika bekerja. Lengkuas telah berkarya sejak 30 tahun yang lalu dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat buatnya.Antara lawak Mat Despatch dan bosnya. Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Superhero Jepun, Ultraman Sah Sertai Keluarga Marvel!

gempak
26/11/2019
12:00 MYT
Gaya Hidup

"Zaman Kanak-Kanak Kamu Akan Lebih Fun" - Bapa Ini Pilih Komik Berbanding Gajet

gempak
24/06/2019
11:23 MYT
Berita

Majalah Komik Masih Dapat Sambutan, Komik Digital Tiada Jiwa - Ujang

gempak
04/05/2018
13:51 MYT
Berita

Wow! Mestica Jadi Karakter Animasi & Komik?

gempak
20/04/2018
03:46 MYT
Hiburan

Kisah Prekuel Ola Bola Dilancarkan Dalam Bentuk Komik

gempak
13/12/2016
08:49 MYT
Unitar