News

Isu Jual Burger Babi: Burger P. Ramly Tiada Sijil Halal

Elrafaei Sapi
26/10/2016
02:22 MYT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan premis makanan yang menjual burger pork P. Ramly bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Iklan burger tersebut menjadi viral di media sosial dan mengundang pertanyaan ramai umat Islam yang hairan mengapa makanan tidak halal menggunakan nama Melayu.
"Walau bagaimanapun, penggunaan nama yang mengelirukan pada produk makanan atau bukan makanan serta sebarang perkhidmatan yang menyalahi syarak adalah dilarang kerana boleh mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat awam khususnya pengguna Muslim.
"Oleh yang demikian, pihak industri adalah dinasihatkan agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan di dalam pemilihan nama produk yang ditawarkan kepada pengguna dalam memelihara keharmonian antara kaum dan kepercayaan beragama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM di Facebook, semalam.
JAKIM menasihatkan pengguna Muslim agar berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dan peka dengan promosi premis yang boleh mengelirukan.
Bagi sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran, boleh di semak di laman sesawang, www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Brahim’s Food Services Kekal Cemerlang, Peneraju Utama Penyedia Makanan Halal Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

gempak
30/06/2024
18:30 MYT
Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS) berjaya membuktikan kecemerlangan dalam penyediaan makanan halal dalam syarikat penerbangan terbaik dunia.
Viral

‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

gempak
24/06/2024
13:55 MYT
“Hanya dua atau hingga empat peratus sahaja dibenarkan syarak," kata Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum pengambilan komisen ke atas kutipan derma.
Hiburan

Lepas Buka Tudung, Bekas Isteri Sule Kembali Jadi DJ: “Cari Wang Halal & Berkat”

gempak
28/05/2024
11:50 MYT
Nathalie Holscher mengaku dia kini meneruskan semula kerjaya lamanya sebagai DJ sebelum berkahwin dengan pelawak Sule selepas bergelar janda demi kelangsungan hidup.
Viral

Santuni Golongan Memerlukan, Restoran Chopsticks Asia Hulur Sumbangan 30 Hari 30 Rumah Kebajikan!

gempak
11/05/2024
11:36 MYT
Sedar akan tanggungjawab menyantuni golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, restoran halal masyarakat tradisi Cina, Chopsticks Asia melancarkan Chopsticks Prihatin.
Laman Utama

Jakim Sahkan Premis Minuman Herba Tular Hanya Ada Satu Produk Yang Disijilkan Halal

gempak
10/12/2023
11:55 MYT
Ini kenyataan penuh JAKIM.