Skop

Ingin Ke Tasik Biru? Lupakan Saja Hasrat Anda Itu

Hanafis Haris
08/11/2017
05:33 MYT
Sponsor Banner
Ingin Ke Tasik Biru? Lupakan Saja Hasrat Anda Itu

Melihat warna tasik yang sungguh biru ini, pasti ramai tidak menyangka ia sebenarnya terletak di Ipoh, Perak. Malah, sejak beberapa minggu lalu, tasik yang digelar sebagai Tasik Biru ini menjadi tular di media sosial.

Gambar dan juga video yang dimuat naik di Facebook itu membuatkan orang ramai teruja untuk berkunjung ke kawasan tersebut.
Situasi ini sama berlaku di Padang Pasir Klebang Melaka beberapa tahun lalu apabila ia mencetuskan 'kegilaan' orang ramai untuk mengambil gambar.
Bagaimanapun, bagi anda yang berhajat untuk ke tasik biru ini, anda mungkin boleh melupakan hasrat itu. Ini antara sebab yang anda perlu anda tahu mengenai tasik biru ini.
PERLU BERJALAN KAKI 200 METER
Tasik ini terletak di Simpang Pulai berhampiran laluan ke Cameron Highlands. Sekitar tasik terbabit dipenuhi dengan kilang kuari yang menjalankan operasi di kawasan terbabit.
Bagi mereka yang berhajat mahu ke sana, anda mungkin perlu meninggalkan kenderaan. Difahamkan, dahulunya terdapat laluan motor tetapi kini telah pun ditutup. Oleh yang demikian, anda terpaksa berjalan kaki lebih kurang 200 meter untuk sampai ke lokasi indah ini.
Selain itu menurut status Facebook yang dimuat naik sekumpulan individu yang pernah memasuki kawasan terbabit, orang ramai terlebih dahulu perlu meminta izin penjaga kuari.
Sama ada untuk suka-suka ataupun melakukan penggambaran, anda harus meminta izin. Paling penting mereka juga mengatakan pengunjung dinasihatkan supaya menjaga diri mereka memandangkan kawasan lombong itu agak luas.
KAWASAN LARANGAN
Berita buruk untuk anda yang baru saja berhajat ke sana. Sebaik saja gambar tasik biru itu tular, pengurus lombong terbabit telah pun membuat laporan polis!
Laporan itu dibuat pada 6 November lalu selepas bimbang lokasi terbabit diserbu orang awam tanpa kebenaran pihaknya.
Menurut laporan itu, pengurus terbabit menegaskan dia bertanggungjawab atas segala aktiviti yang berlaku dalam kawasan lombong terbabit.
Selain itu penjaga lombong terbabit juga mendakwa telah beberapa kali terserempak dengan orang awam yang cuba memasuki kawasan berkenaan.
Amaran telah diberi sebaliknya, masih ada orang awam berdegil untuk masuk ke lombong biru itu.
“Kami tidak akan bertanggungjawab kerana papan tanda larangan sudah pun diletakkan,” kata pengurus terbabit.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024