Skop

[Video] Agresif Akibat Flakka Dibimbangi Menular Ke Malaysia

Sufiah Akmal
06/06/2017
01:00 MYT
Baru-baru ini tular di media sosial klip video beberapa individu berkelakuan agresif dan ganas di tempat awam di luar negara dipercayai kesan daripada pengambilan dadah yang dikenali sebagai Flakka.
Banyak video yang menunjukkan kesan penggunaan Flakka dimuat naik menerusi Youtube sebelum ini. Sebagai contoh, seorang wanita kelihatan tidak waras berjalan di tepi pantai dan melakukan aksi seolah sedang berkhayal.
Berdasarkan rekod, dadah Flakka ditemui seawal 1960-an oleh pengkaji yang meneroka potensinya sebagai 'Central Nervous Stimulant' dan agen anti 'hypotensive/vasopressor' untuk kegunaan perubatan. Bagaimanapun, penggunaannya diharamkan setelah didapati potensinya yang lebih berbahaya daripada kokain dan methamphetamine apabila disalahguna.
Apa itu Flakka?
Menurut Agensi Antidadah Kebangaaan (AADK), Flakka sejenis dadah sintetik daripada kategori psych-stimulant yang mampu membuatkan penggunanya bertindak agresif secara luar biasa dan ganas serta hilang kawalan diri. Flakka yang berbentuk seperti potongan kristal putih bersaiz batu kecil dan dibuat menyerupai 'bath salts' didakwa kini merebak di New Jersey, Chicago dan New York di Amerika Syarikat.
"Kesan sampingan pengambilannya terhadap tubuh badan manusia sangat memudaratkan. Penggunaannya akan meningkatkan suhu badan serta degupan jantung secara ekstrem. Ia juga berpotensi menyebabkan kerosakan buah pinggang.
"Sebatian kimia yang terdapat dalam Flakka akan merangsang bahagian otak pengguna untuk berhalusinasi dan kesannya menyamai penggunaan methamphetamine dan kokain," katanya.
Flakka dah masuk Malaysia ke?
Seperti mana kita tahu, isu penagihan dadah di negara ini masih di tahap membimbangkan. Penagih masih wujud dan begitu juga ada kes pecah rumah mahupun bunuh disebabkan pengaruh dadah. Apabila timbul pula dadah versi baru seperti Flakka, ia boleh mencetuskan tanda tanya pada masyarakat.
Bagaimanapun, tiada sebarang kes sama ada penagihan atau pengedaran dadah jenis Flakka dikesan di Malaysia setakat ini. Namun, pihak AADK tetap mengambil langkah berwaspada dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi mengesan sama ada dadah sintetik jenis baharu itu turut memasuki negara ini.
AADK meminta orang ramai supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada mereka melalui talian 03-8911 2424 atau emel [email protected],
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Dedah Sikap Mamat, Tolak Dakwaan Terjebak Gejala Dadah Sebab Salah Pilih Kawan - “Selalu Datang Sesi Latihan, Sangat Berdisiplin”

gempak
12/07/2024
02:00 MYT
Ajai menolak dakwaan bahawa sahabatnya yang juga merupakan anggota kumpulan Exists iaitu Mamat berkali-kali terjebak dengan gejala dadah disebabkan tersalah memilih kawan dan juga faktor sekeliling.
Hiburan

Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”

gempak
10/07/2024
23:59 MYT
Selepas pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat wanita bernama Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Berita

Mamat Exist Didenda RM4,000 Atas Kesalahan Menggunakan Dadah

gempak
08/07/2024
08:03 MYT
Bekas vokalis Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019.
Berita

Budak 4 Tahun Tidur Dengan Longgokan Sampah, Abang Penagih Dadah & Ibu Kemurungan

gempak
07/07/2024
08:55 MYT
Seorang anak kecil berusia empat tahun terpaksa tinggal dalam rumah dipenuhi longgokan sampah berpunca ahli keluarga terjerumus dalam najis dadah.
Hiburan

Ibu Virgoun Saran Inara Rusli Kembali Rujuk: “Dari Segi Agama Pun Tak Boleh”

gempak
06/07/2024
07:55 MYT
Selepas anaknya Virgoun ditangkap kerana dadah, ibu penyanyi tersebut Eva Manurung menyarankan agar bekas menantu, Inara Rusli kembali rujuk.