Bagi mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah, AirAsia pasti mempunyai pelbagai cerita sama ada pahit mahupun manis.

Ada penumpang yang mengeluh terhadap perkhidmatan AirAsia yang lambat sehingga terpaksa diubah jadual penerbangan mengakibat mereka terpaksa menunggu lama, tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat kerana dikatakan lambat daftar masuk serta pengalaman di udara akibat gegaran kuat.

AMBIL IKTIBAR

Kejadian terbaru membabitkan pesawat D7 237 dari Perth ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik kerana mengalami masalah enjin. Merusi rakaman video yang dikongsi pengguna di media sosial menunjukkan pesawat tersebut bergegar kuat sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penumpang.

Di sebalik pelbagai kritikan dilemparkan pengguna sosial terhadap kejadian tersebut seperti menyifatkan gegaran kuat itu seperti gegaran mesin basuh. Namun, situasi itu dikawal dengan baik oleh juruterbang dan kru pesawat itu manakala penumpang juga masing-masing duduk di kerusi penumpang dengan selamat.

Dalam satu kenyataan, AirAsia X menyatakan faktor keselamatan penumpang dan kru amat penting pada syarikat penerbangan itu. Susulan kejadian itu, pihak AirAsia menjalankan siasatan terhadap punca kejadian itu bersama syarikat pembuatan enjin, Rolls-Royce selain memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan di sana.


KOMEN CEO TERHADAP KRU AIRASIA

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memberi pujian pada juruterbang dan kru penerbangan itu yang berjaya mengawal situasi mencemaskan itu dalam keadaan selamat.

Menurutnya, beliau sangat berbangga dengan semua kru penerbangan itu diketuai Kapten Ibrahim termsuk dua kru, Vincent dan Purser Ruijaruuneglai yang melakukan tugas dengan cemerlang membawa semua penumpang mendarat dalam keadaan selamat.

"AirAsia tidak membuat enjin dan semua penerbangan berdepan masalah enjin. Namun, apabila kejadian ini berlaku, ia memerlukan kecekapan juruterbang dan kepimpinan yang cemerlang ketika menghadapi krisis tersebut," katanya menerusi media sosial, Facebook akaunnya, malam tadi.

Tambahnya, beliau berbangga dengan kecekapan kru pesawat itu dan menerusi video kejadian yang dikongsi pengguna menerusi media sosial, semua penumpang berada dalam keadaan tenang.

Maklum balas daripada emel dan mesej WhatsApp yang diterimanya pula menyatakan Kapten pernerbangan memberi pengumuman pada semua penumpang agar bertenang dan berjaya bertindak mengawal situasi dengan baik yang dianggap sebagai hero.

"Disebabkan ia adalah penerbangan tambang murah, ada antara mereka yang konon dianggap pakar membuat tuduhan liar dan terlupa kisah hero kru pesawat ini," katanya.

AirAsia berjaya meraih anugerah 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Di Dunia' yang menjadi pencapaian buat kali ke-9 berturut-turut.

AIRASIA TETAP TERBAIK DI DUNIA

Seminggu sebelum kejadian tersebut, AirAsia sekali lagi mencatat kejayaan di peringkat antabangsa selepas meraih anugerah 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Di Dunia' yang menjadi pencapaian buat kali ke-9 berturut-turut.

Anugerah yang diterima menerusi majlis 2017 Skytrax World Airline Awards itu suatu yang cukup bermakna buat AirAsia yang diiktiraf mutu perkhidmatan mereka kepada penumpang mereka selama ini.

Meskipun, pelbagai persepsi penumpang dan orang ramai terhadap syarikat penerbangan ini, mereka tetap terbaik di peringkat global. (Baca lagi: [Video] Brazil Hanya Menang Piala Dunia 5 Kali, AirAsia Menang 9 Kali)