Sekilas
- Shiela Rusly berkongsi pandangan tentang hubungan mentua dan menantu yang berbeza mengikut pengalaman individu.
- Dia menegaskan hubungan baik dengan mentua tidak semestinya sama bagi semua orang kerana situasi setiap keluarga berlainan.
- Shiela juga mendedahkan dia tidak rapat dengan ibu mentua, tetapi tiada konflik atau perasaan negatif dalam hubungan tersebut.
Pelakon dan penerbit, Shiela Rusly mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai hubungan antara mentua dan menantu.
Menerusi perkongsian di Threads, Shiela meninggalkan komen pada hantaran aktres, Sharifah Shahora yang bertanyakan mengenai punca masih wujud salah faham antara golongan mentua dan menantu.
Menurut Shiela, pengalaman setiap individu berbeza dan hubungan baik antara seseorang dengan keluarga mentua tidak semestinya sama dengan orang lain.
“Salah itu. Kau ada mentua tetapi mereka dah meninggal. Kau dengan mak mentua dulu okay kan? Tiada isu busuk hati, iri hati atau tak puas hati, betul? Lain padang lain belalang. Kalau kita okay, tak bermakna orang lain okay,”tulisnya.
Dalam masa sama, Shiela turut mendedahkan bahawa hubungannya dengan ibu mentua tidak begitu rapat, namun perkara tersebut bukan disebabkan sebarang konflik atau perasaan negatif.
“Aku tak rapat dengan mak mentua aku. Bercakap pun kurang. Tiada istilah iri hati cuma memang kurang chemistry,”ujarnya.