Skip to main content

Selebriti

Shiera Tegur Sikap Suka Mengata Orang, Anggap Boleh Jejaskan Mental Mangsa - "Mereka Tak Pernah Berehat"

Astrogempak

Sekilas

  • Ibu kepada penyanyi Oddah, Shiera, tampil mempertahankan anaknya daripada kecaman netizen yang mendakwa suara Oddah kurang enak dan hanya bernasib baik kerana anak angkat Datuk Seri Siti Nurhaliza.
  • Shiera menegaskan bahawa mengata orang hanya akan menjejaskan kesihatan mental mangsa dan mengingatkan supaya tidak menjadi individu yang menyakiti orang lain.
  • Shiera juga memberi motivasi kepada Oddah untuk terus berusaha, termasuk berniaga sendiri jika tiada yang mengambilnya bekerja, serta menjadi insan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Ibu kepada penyanyi, Oddah iaitu Shiera tampil mempertahankan anaknya selepas seorang netizen mendakwa Oddah memiliki suara yang kurang enak dan hanya bernasib baik kerana merupakan anak angkat kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Enggan berdiam diri, Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata individu yang suka mengecam orang lain tidak pernah berhenti, malah tindakan tersebut hanya mampu menjejaskan kesihatan mental mangsa.

"Gila ya kalau bab-bab mengata orang. Mereka tak pernah tidur sampailah awak mati. Saya suka layan sebab mereka berani. Saya pun suka buat onar," tulisnya.

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar itu turut menitipkan pesanan kepada Oddah bahawa sekiranya tiada pihak yang mahu mengambilnya bekerja, mereka masih mampu mencari rezeki dengan mengusahakan perniagaan sendiri.

Menurut Shiera, apa yang lebih penting adalah tidak menjatuhkan atau mengata orang lain, sebaliknya menjadi individu yang membawa manfaat kepada masyarakat.

"Kalau tiada orang nak ambil kamu pun, Oddah, tidak mengapa. Kita boleh jual roti bakar hitam. Tiga orang sahaja yang beli pun jadilah.

"Tapi jangan mengata orang depan-depan dan jangan jadi bitter dengan orang lain. Patutlah Azad marah, faham. 

"Perkara ini hanya akan membuatkan mental orang lain rosak. Jadilah orang yang bermanfaat kepada orang lain dan bukan menyakiti orang," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement