Skip to main content

Badminton

Lebih Daripada Sekadar Sukan: Grab Menyatupadukan Peminat Dan Barisan Atlet Muda Negara Sepanjang Malaysia Masters 2026

Grab

Sekilas

  • Grab kembali menjadi Rakan e-Hailing rasmi untuk kejohanan PERODUA Malaysia Masters 2026 dengan menyediakan perkhidmatan GrabExec dan GrabEV untuk pemain serta menawarkan 5,000 kod promo ‘MALAYSIAMASTERS’ untuk penonton.
  • Pengguna boleh menikmati potongan sehingga RM6 untuk perjalanan pergi dan balik ke Unifi Arena dari 19 hingga 24 Mei 2026, khusus untuk perjalanan Group Ride bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
  • Grab juga mengadakan sesi temu bual eksklusif bersama atlet badminton negara di Instagram dan TikTok, serta mengadakan giveaway raket Yonex dan beg eksklusif bernilai RM4,000 untuk peminat.

Kempen #GrabBersamaMalaysia kembali memeriahkan arena badminton tempatan apabila Grab tampil sebagai Rakan e-Hailing bagi kejohanan PERODUA Malaysia Masters 2026 yang dibawakan oleh Daihatsu, berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil dari 19 hingga 24 Mei 2026.

Dengan slogan “Powering the Nation to Every Smash”, Grab bukan sekadar memudahkan perjalanan peminat ke stadium, malah turut sama menyokong perjalanan atlet negara sepanjang minggu kejohanan berlangsung.

Sebagai Rakan e-Hailing, Grab menyediakan perkhidmatan GrabExec dan GrabEV khusus untuk membawa pemain ke venue pertandingan dengan lebih selamat dan lancar.

Bagi penonton yang hadir memeriahkan pertandingan pula, Grab menawarkan 5,000 kod promo eksklusif ‘MALAYSIAMASTERS’ yang boleh digunakan untuk perjalanan pergi dan balik mereka Unifi Arena. 

Lebih menarik, pengguna boleh menikmati potongan sehingga RM6 sepanjang tempoh kejohanan dari 19 hingga 24 Mei 2026.

Untuk makluman: Kod promosi ini menawarkan diskaun RM3 bagi perjalanan sehala dan eksklusif untuk pengguna “Group Ride” sahaja.

Melalui inisiatif ini, anda boleh bergerak ke mana sahaja bersama rakan, berkongsi tambang sekaligus mengelakkan kesukaran untuk mencari parkir dan dalam masa yang sama, dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bukit Jalil. 

Untuk tambah lagi kehangatan Malaysia Masters tahun ini, kawasan sekitar Bukit Jalil turut dimeriahkan dengan ‘takeover’ digital Grab di beberapa skrin utama stadium, selain penyediaan zon Pick-Up dan Drop-Off (PUDO) khas bagi memudahkan pergerakan penonton. 

 

 Bukan itu sahaja, Grab turut memberi peluang kepada peminat untuk lebih ‘dekat’ dengan atlet badminton negara menerusi sesi temu bual eksklusif di Instagram dan TikTok rasmi mereka.

Antara atlet badminton yang terlibat termasuklah pasangan beregu lelaki negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King yang kini berada di ranking ke-17 dunia, serta beregu wanita Ong Xin Yee dan Carmen Ting yang menduduki ranking ke-20 dunia.

 Tidak terhenti di situ, peminat juga berpeluang memenangi empat batang raket badminton berjenana Yonex yang ditandatangani pemain bersama beg badminton eksklusif bernilai keseluruhan RM4,000.

Peminat berpeluang memenangi kesemua itu menerusi satu ‘giveaway’ khas yang bakal berlangsung dari 20 Mei hingga 7 Jun 2026.

Untuk penyertaan, peminat hanya perlu menonton video temu bual bersama atlet badminton di Instagram dan TikTok rasmi Grab sebelum mengikuti langkah penyertaan yang telah disediakan.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi atlet Malaysia di PERODUA Malaysia Masters 2026 bersama Grab.

Anda mungkin berminat dengan

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement