Skip to main content

Wajah Sukar Dikenal Pasti, Filter Berlebihan Jejas Operasi Mencari Wanita Hilang

WhatsApp Image 2026 04 25 at 1.21.49 PM

Operasi mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang terganggu apabila wajahnya sukar dikenal pasti akibat suntingan berlebihan pada gambar di akaun media sosialnya.

Polis melancarkan siasatan kes orang hilang bagi menjejaki Grecia Guadalupe Mendoza Orantes, 30, dengan menampal wajahnya di seluruh kawasan kediamannya serta di platform dalam talian.

Menurut laporan The Sun, wanita itu dilaporkan hilang di tenggara Mexico pada 12 April lalu oleh adiknya yang bimbang akan keselamatannya.

Seorang saksi tampil mendakwa melihat seorang lelaki awam bersenjata menarik Grecia di kawasan Ocozocoautla.

Polis kemudian melancarkan operasi pencarian secara besar-besaran dengan bantuan Suruhanjaya Pencarian Orang Hilang Mexican.

Pihak berkuasa turut bimbang bahawa dakwaan penculikan tersebut mungkin berkait dengan satu serangan bersenjata di kawasan sama yang mengorbankan empat individu di sebuah bar.

Bagi tujuan hebahan, polis menggunakan gambar yang dimuat naik Grecia sendiri di media sosial untuk menghasilkan poster orang hilang.

Selepas empat hari pencarian, Grecia akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah lebuh raya, namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Suruhanjaya berkenaan turut memaklumkan bahawa salah satu faktor yang melambatkan usaha pencarian adalah kesukaran mengenal pasti wajah sebenar mangsa

Menurut pihak berkuasa, operasi pencarian selama empat hari berkenaan dipercayai boleh diselesaikan lebih awal sekiranya poster orang hilang yang digunakan, tidak disunting secara berlebihan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement