Masih Belum Move On, Ini 10 Perkara Menarik Sepanjang Konsert Wanna One Di Malaysia

Hiburan
Masih Belum Move On, Ini 10 Perkara Menarik Sepanjang Konsert Wanna One Di Malaysia
Ya, ramai peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Wannable' masih belum 'move on' dengan kehadiran kumpulan K-Pop terkenal, Wanna One di Malaysia.

Kumpulan yang dianggotai oleh 11 anak muda iaitu Kang Daniel, Park Ji Hoon, Lee Dae Hwi, Kim Jae Hwan, Ong Seong Woo, Park Woo Jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji Sung, Hwang Min Yung, Bae Jin Young dan Ha Sung Woon ini hadir untuk menjayakan konsert Wanna One World Tour One: The World di Kuala Lumpur yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Memukau hampir 8,000 penonton yang hadir, Gempak kongsikan 10 perkara menarik yang berlaku di sepanjang konsert tersebut:

1. Meriah di airport! Wanna One tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Jumaat dan disambut dengan gembira oleh peminat mereka.

2. Sabar menanti... Konsert dijadualkan bermula pada pukul 8 malam namun majoriti peminat datang sebelum pukul 12.30 tengah hari untuk sesi 'sound check' sebelum konsert bermula.

3. Trending! Hashtag #WannaOneWorldTourinKL mula berada di kedudukan tertinggi 'trending topics' laman sosial sebelum, semasa dan selepas konsert berlangsung.

4. Belajar Bahasa Melayu... Ahli kumpulan Wanna One juga sempat bertutur beberapa ayat di dalam Bahasa Melayu yang telah diajarkan kepada mereka. Antaranya ialah nasi lemak, Menara Berkembar Petronas (KLCC), 'awak boleh bertahan', 'aku cinta sama kamu banyak-banyak' dan 'selamat malam Malaysia'.

5. DJ Hankki turut menghangatkan suasana ketika persembahan Wanna One diadakan. 

6. Difahamkan, keadaan Lai Kuan Lin kelihatan sedikit kurang sihat ketika konsert berlangsung. Kuan Lin kelihatan kerap membongkok dan menyentuh bahagian belakang badannya.



7. Amaran! Risau dengan peminat, ahli kumpulan Wanna One tidak lupa untuk memberikan peringatan kepada peminatnya supaya menjaga keselamatan ketika konsert berlangsung. Mereka tidak mahu ada peminat mereka yang tercedera terutamanya yang berada di zon rock.

8. Sebak... Ada antara peminat mereka yang mengalirkan air mata ketika persembahan solo Kim Jae Hwan. Hati mereka tersentuh menonton video yang ditayangkan.



9. Segan agaknya... Yoon Ji Sung kelihatan malu untuk bercakap dalam Bahasa Melayu. Jadi, untuk 'cover line', Ji Sung menari sambil ketawa.

10. Bertabahlah Wannable! Sehingga kini, peminat masih lagi tidak boleh move on dengan konsert Jelajah Wanna One.

Pada malam itu, Wanna One telah menyanyikan lagu Burn It up, Never, Boomerang, Day By Day, Beautiful, l'll Remember, Wanna, Wanna Be, Twilight, It's Me, Gold, Light dan I Promise You. 

Wanna One World Tour One: The World di Kuala Lumpur telah dianjurkan oleh IMC Live Group dan mereka bakal mengakhiri konsert jelajah menerusi persembahan di Manila, Filipina pada 1 September ini.















Teks: Noor Zulaikha Yusof

Artikel Berkaitan