Individu berstatus suami orang yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera tampil mengeluarkan kenyataan.

Nafi Dakwaan Jadi Punca Video Tersebar

Enggan mendedahkan identiti, individu itu menafikan dakwaan dia yang menyebarkan video Sera sehingga menjadi tular di laman sosial.

Bagaimanapun, individu itu mengakui video tersebut merupakan rakaman lama ketika mereka sedang bercinta sekitar 2021 sehingga 2023.

“Ya, saya mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan Sera sekitar 2021 sehingga 2023. Saya memang suami orang. Video yang tersebar itu merupakan video lama. Dia pun tahu tentang IG itu sebelum ini.

“Saya pun dah move on daripada dia cuma ada pihak lain yang sebar atas niat tertentu disebabkan krisis rumah tangga yang dihadapi. Bukan saya yang sebarkan video itu seperti yang didakwa!

“Saya berharap dengan penjelasan ini, tidak lagi timbul sebarang isu berkaitan saya dan Sera. Biar pihak terlibat selesaikan antara mereka dan jangan libatkan saya. Saya mohon maaf atas apa yang berlaku” katanya kepada Gempak.

Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki di dalam video tersebut dapat dilihat memeluk dan mencium wanita berkenaan dengan berlatar belakangkan lagu Saat Bahagia yang dinyanyikan oleh Ippo Hafiz.

Susulan penularan video itu, Rossa Sera menerusi Instagram Stories mengesahkan bahawa wanita di dalam video berkenaan adalah dirinya namun perkara itu telah lama berlaku.

Untuk rekod, Rossa Sera dan Shuk Sahar berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 6.

Namun, mereka disahkan bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

BERITA TRENDING: Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."

BERITA TRENDING: Individu Dakwa Rossa Sera Punca Keluarga Wanita Porak-Peranda, Naik Turun Mahkamah Untuk Cerai - "Sekarang Dia Block ..."