Pelakon Sharifah Sakinah tampil memberikan respon selepas suaminya, Aliff Adha didakwa mempunyai kekasih lain.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Sakinah memuat naik sebuah videonya sedang ketawa palsu bersama anaknya, Anais Adha.

Sakinah dalam kapsyennya memberitahu, video itu menunjukkan reaksinya selepas suaminya dituduh curang.

“Bila depa cakap bapak ada perempuan lain... *fake laugh*” tulis bintang telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka ini.

Sakinah pada Jumaat memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang diterima daripada sebuah akaun yang menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita.

Pelakon berkenaan turut memberi amaran kepada orang luar agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.

Menurut sebuah laporan media pada Sabtu, seorang wanita dikenali sebagai Memey membuat penjelasan bahawa kekasihnya bukanlah suami kepada aktres berkenaan.

Dia juga kesal apabila hal peribadi yang dirahsiakan daripada umum menjadi bahan fitnah.

Bila depa cakap bapak ada perempuan lain .... *fake laugh*

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang kini berusia setahun.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: IG Sharifah Sakinah