Konsert TWICE di Kuala Lumpur Terpaksa Batal Kurang 24 Jam Atas Faktor Keselamatan

Hiburan
Konsert TWICE di Kuala Lumpur Terpaksa Batal Kurang 24 Jam Atas Faktor Keselamatan
Disebabkan kebimbangan atas tahap keselamatan lokasi konsert, JYP Entertainment terpaksa membatalkan konsert TWICELAND Fantasy Park TWICE di Kuala Lumpur kurang dari 24 jam sebelum konsert berlangsung.

Konsert TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park sepatutnya berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, 8:30 malam ini.

Berikut merupakan kenyataan rasmi agensi berkenaan.

"Dengan penuh dukacitanya, kami ingin memaklumkan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 28 Julai dibatalkan atas faktor keselamatan di lokasi keselamatan.

"Kami meminta agar semua faham bahawa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan artis serta penonton yang menjadi keutamaan kami.

"Semestinya kami sangat sedih untuk membuat pengumuman ini kepada semua peminat yang ternanti-nantikan TWICE. JYP Entertainment dan TWICE akan bekerja keras selepas ini," kata kenyataan tersebut.

TWICE yang dianggotai Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan