Viral

Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”

gempak
Gempak
26/04/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Sejak semalam, nama Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah antara nama yang disebut-sebut oleh netizen selepas rantaian pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh Sarah menerusi laman Instagram miliknya.

Teh tumpah

Sudah tentu, nama Aliff yang sejak sekian lama terkena tempias kritikan netizen sekali lagi dihenyak realiti apabila tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa miliknya bersama Ruhainies merupakan antara ‘teh’ yang ditumpahkan oleh Sarah.
Susulan daripada itu, pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Antaranya:
1. Rakaman video yang didakwa sebagai Aliff Aziz melakukan perlakuan yang tidak senonoh 2. Aliff Aziz didakwa ditibai di kaki lima kerana dipercayai bergaduh 3. Aliff Aziz ditahan pihak polis Singapura kerana melakukan onar di Orchard Road 4. Berita Aliff Aziz dipenjara dan didenda selama dua minggu kerana mencuri dan berkelakuan tidak senonoh
Terdahulu, wargamaya dikejutkan dengan pendedahan oleh individu bernama Sarah Yasmine mengenai dakwaan hubungan terlarang antara Aliff dan Ruhainies.
Keadaan menjadi tegang apabila penyanyi Tom mendakwa Sarah turut menghubungi suaminya, penyanyi Fuad menerusi Instagram sejak 2022.
Selain itu, pendedahan Sarah turut menyebabkan nama Caprice terpalit sebagai individu yang didakwa sebagai antara individu yang mencipta akaun palsu menyebarkan aib Bella Astillah di internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024