Pelakon Korea Daniel Henney menafikan dakwaan mengenai hubungan cinta dengan aktres kacukan Jepun- Amerika, Ru Kumagai.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensinya, Echo Global Group, Daniel memberitahu hubungan mereka sekadar rakan artis sahaja.

“Selepas bertanyakan kepada Daniel, dia menjelaskan hubungan mereka berdua hanyalah sebagai rakan yang bertemu di dalam sebuah majlis.

“Spekulasi yang mengatakan mereka berdua bercinta itu sama sekali tidak benar. Secara kebetulan Daniel pula berkawan baik dengan rakan sekerja Ru Kumagai,” jelas wakil agensinya.

Terdahulu, gosip hubungan cinta antara Daniel dan Ru timbul apabila mereka berdua berkongsi posting yang hampir sama baru-baru ini.

Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila salah satu foto dimuat naik Ru menerusi akaun Instagramnya diambil bersama seekor anjing yang merupakan haiwan peliharaan Daniel.

Sumber: Soompi