Skip to main content

Selebriti

A. Aida Dedah Azeva Natassha Sentiasa Jaga Solat, Pernah Ajak Pakai Tudung Sekali - “Tiap Kali Sebelum Persembahan, Make Up…”

ASTROGEMPAK AAidaAzeva

Sekilas

  • Azeva Natassha, anak penyanyi Ameng Spring dan penerbit Datuk A. Aida, menjadi perhatian netizen kerana masih belum berhijab.
  • Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff mendoakan kejayaan Azeva dan menasihatinya untuk memakai tudung secara perlahan-lahan, sambil memuji konsistensinya dalam menunaikan solat.
  • A. Aida mendedahkan Azeva akan solat sebelum bersolek untuk persembahan dan dia juga mengajak anaknya memakai tudung bersama-sama.
Advertisement

Penampilan anak kepada penyanyi Ameng Spring dengan penerbit Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha yang masih belum berhijab menjadi bualan netizen baru-baru ini. 

 

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, bapa angkat kepada Azeva iaitu Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff mendoakan kejayaan serta sempat menitipkan nasihat buat penyanyi itu untuk memakai tudung. 

 

“Ustaz doakan semoga Tasha berjaya… jangan tinggal sembahyang. Biarlah apa orang nak cakap, yang penting istiqamah dan konsisten. 

Advertisement

 

“Selepas itu, slow slow la kan… manager pun dah tutup aurat. Lepas ini Tasha pula. Slow slow,” katanya. 

 

Dalam pada itu, A. Aida mendedahkan anak perempuannya itu akan menunaikan solat sebelum bersolek untuk membuat persembahan di pentas Talk To My Manager (TTMM). 

 

“Sembahyang, Alhamdulillah… tiap kali sebelum persembahan kita sebelum make up… kita kena tunggu dia solat dulu. Alhamdulillah. Sebab itu orang kata ‘don’t judge a book by its cover’,” kata A. Aida.

 

A. Aida turut memberitahu dia ada mengajak anak perempuannya itu untuk memakai tudung bersama-sama.

 

“Saya masih pakai tudung pun, saya ada ajak dia pakai sekali,” katanya lagi. 

 

Terdahulu, seorang netizen meminta penyanyi Ameng Spring untuk menegur anak perempuannya iaitu Azeva Natassha untuk menutup aurat. 

 

Ameng yang ketika membuat siaran langsung di TikTok menegaskan, dia sudah berulang kali menasihati anak perempuannya mengenai perkara itu. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Must Watch Video

Advertisement